ibu .. kasih ibu tidak boleh dibeli

hye eblibody ...
kamu semua sihat .. kali ini kite bkk topik tntg pengorbanan ibu kite ...
aku sbnrnye dh lma nk cter nie ..share n waring sama kowang ...tapi msa belum mengizinkan ...aku dulu lepak nan nurse bidan2 .. aku tanye ar ... mcm mna msa kite kat labour room nnti .dye cter dri A - Z ... jd aku ingat lg smpai sekarang .. wpon jatung aku kembang kucup nk cter....
nak dgr x??
msti nak kan ... jum2 ..lets dance togetherr ..chippp..
eh ape aku nie ...dah2 ..jum

^_~

Aku rasa masa korang kecik-kecit cemetot dulu, korang sure tak kan pernah terfikir benda ni. Al-kesah yang aku nak ceritakan ni la. Ah... masa kita kecik, apa yang kita tahu pun kan? Dah besar sikit, start masuk sekolah menengah, mula la sekor-sekor nak tunjuk belang. Emak-bapak pun ada yang dimusuhi kengkadang - dan permusuhan sebegini pulak ada bermusim-musim. Most teens knows that it's wrong, but they still do it anyway. You know... rebelling. Suka melawan emak-bapak, mengalahkan hero... walau pun sebenarnya perangai begini sememangnya haprak gilabab, macam cipan. Pehal cipan pulak? Seriously bang? Cipan? As in tenuk... tapir... 

Anyway, masa remaja ade gak melawan.. bysa la time tgh naik ..that's why aku celoteh benda ni tadi. Sure,  ..I admit it... kengkadang pernah ada rasa marah pada mak aku. I dunno about you people, but as a teen, I was a brat. "Parents just don't understand", begitu la kira-kiranya. Bila mak aku marah, aku mesti melenting balik, aku rasa tak fair. adik aku tak kena marah pun (semasa tu... tapi masa lain, dia orang kena jugak). Walau pun, yang sebenarnya buat salah memang aku pun. Budak remaja, mana ada nak mengaku salah? Budak remaja dah sememangnya cilanat. There I admit it.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

nurse uh cerita nan aku ...
Satu petang selepas balik kerja , seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan, kengkadang mendengus, kengkadang mengerang-ngerang, masuk labour ward, yang mana nurse uh sambut kehadirannya dengan semangat kental dan mengantuk like crazy. Start kerja 8 pagi... and it went on and on and on... sampai la waktu midnight tu. Mana tak mengantuk. Aku periksa, baru 5 cm. Tahu apa maksud "5 cm"? Pintu rahim baru nak bukak, dan saiz bukaan serviks baru 5 cm diameter (max 10 cm - ready to deliver).

Selepas 3 - 4 jam, akhirnya serviks pun  10 cm (a bit fast actually) dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil doc utk conduct delivery utk ibu "primigravida" ni. Meaning, anak pertama dia. Dia takde experience, nurse pun takde experience. dye pakai gown hijau tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse. Nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan/midwife yg dah 40-an, dia org lagi cekap daripada kami yg baru masuk service ni. By that time, dah 4 pagi, dan masih belum tidur sejak 20 jam sebelum tu.

Jadi, pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, doc kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya ke bawah peha - assume the position. aku ckp la ..malu nye ...Malu ka? Korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? doc uh ckp rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia daripada dia mengangkang depan aku. Dia dalam kesakitan, pinggang bagai nak patah, vagina bagai nak koyak. OK, seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat serviks, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu. Dengan jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu, suara doc pun keluar gak. No choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Walau pun tak sure, tak confident, tak experienced, kena perasan confident jugak kt doc aku uh ... ahh tkutnyeee ... Kalau doc tak confident, ibu tu lagi tak confident nanti. Kalau tak buat begini, nahas lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak, memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu vagina) pun berlaku dan doc uh pun ready nak "episiotomy" - iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah, abis nanti koyak ke anus, dah satu hal pulak pompuan tu nanti problem berak bolos kemudian hari). doc uh kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol. Terus ambik gunting tepi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala bayi yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu, .. aku pon eee ye ke nurse... takutnye ... uwaaa ..nurse uh boleh ckp kat aku ape... kaw jgn nk tkut2... adeshh

ok smbung lagi aku g tahu koe dik ....pengalaman nie dik ..ohh yela nurse oi ...

Phoosh! Muncul kepala baby, what an ugly creature. Korang tahu tak, most babies are born real ugly. Termasuk aku, termasuk korang tu semua. Bila dah besar dalam 3 hingga 6 bulan baru jadi cute. Lepas tu stay cute sampai dalam 5 - 6 tahun gitu, dan kemudiannya yang cun kekal cun, yang ugly akan menyerlah ke-ugly-an nya selepas tu. Lelaki ke, perempuan ke... sama jek. Hey, come on, I'm being truthful here. Ada sesetengah manusia tu cun, ada sesetengah yang lain (macam aku ni) ugly. Anyway, berbalik cerita ibu yang nak bersalin tadi - docuh  suruh ibu tu push push push... nurse letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas. First time nurse uh tengok orang tarik kepala baby, nurse uh memang tak percaya itu caranya baby dikeluarkan. You know, you pull on the head as hard as it is permissible, dan baby itu akan tergantung sekejap macam orang kena hukum gantung. But, no worries, semasa kita lahir, tengkuk kita very strong. Lepas doc uh tarik , baby tu tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan pastu terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit. Korang ingat masa korang lahir, tak kena taik mak masing-masing ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Bila tengok mak kau tu, cuba fikirkan perkara ni. Anyway, tali pusat dah dipotong, doc serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat. So, settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi, tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan macam kejadah, dan memang berbau hanyir. Itulah bau daging manusia, dan bau darah - mixed together. Segar dari ladang!~~



Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi kat peha ibu (syntocinon/pitocin, synthetic oxytocin yang gunanya untuk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), doc uh pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi. Tapi lepas 1 - 2 minit, doc perasan banyaknya darah yg mengalir keluar. doc  ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina, aku tengok luka episiotomi tu takde la banyak sangat berdarah, tapi nampak darah sebenarnya keluar daripada dalam vagina. Kat atas lagik. Seluk punya seluk, tengok punya tengok, tu dia, dinding vaginanya koyak 2 - 3 tempat. 1 - 2 inci punya luka. Darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, and it was 4 am in the morning. Oh man! I was dead tired. Clamp dulu dgn artery forcep. Mungkin 4 atau 5 forcep kut aku pakai. Lepas berjaya cari bleeder, baru la darah tu stop. OK, break sekejap. aku takut nk cter nie .. kecut perut aku dgr msa bidan uh cter kat aku ...

Aku rasa, semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tengah nak keluar. Tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak? Luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit, mahu berpuluh kali jahitan tu. Dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dengan jarum tu. Bagi bius/local anaesthesia pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah agaknya lebih drpd setengah jam. Baby nak keluar tadi ambik masa 5 - 10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku. Lantak ko la dol apa ko nak buat. Dia dah tak kose - janji baby nya selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak, luka yang aku potong secara sengaja tadi tu. Ingat, aku ni belum banyak pengalaman, tapi kena harungkan jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje, herut-merut... nobody cares. Dah pukul 4 pagi, mana ada specialist atau senior MO yang nak check, jadi kira selamatlah tak kena marah atau suruh buat balik. Dan bila abis, doc sempat cakap kat ibu tu, "saya dah jahit rapat-rapat kak, darah dah stop, nanti kalau dah abis pantang, dan suami kata nape barang baik tu rasa macam baru kahwin dan macam masih takde anak lagi, jangan lupa hantar poskad terima kasih". Kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke palat aku. Ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke.(nurse uh dgn aku gelak besar dgn tang nie..) gile la barang abek ek ...


 Eh... betul ke tarak apa-apa special? Sekarang bayangkanlah setiap anak (korang la tu adik-adik oi!) yang membaca al-kisah ini - apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap daripada korang, begitulah ceritanya macam kat atas tu. Tak kesah la kau tu sapa. Orang kaya, orang miskin, minah cun, balak perasan tak keruan, pengamal MLM tak sedar diri - itulah ceritanya lebih-kurang... malah ada yang lebih teruk lagi. Malah ada yang lebih malang lagik. Tapi, memandangkan ko tengah baca cerita ni, maknanya emak ko survive memberanakkan ko la kiranya kan? Cuba bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu. Cuba ingat muka mak kau kat rumah saat ini - dan cuba bayangkan muka tu tengah dalam kesakitan. Cuba bayangkan dan dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal yang ko sikat setiap pagi tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami semasa daging dan kulitnya dijahit. Dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban. Ingat ada ibu yang kesahkan bau air ketuban ke? Ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu dalam dunia ni, anaknya itulah benda yg paling berharga. Orang lelaki sapa pun tak akan dapat merasa pengalaman ini. Harga diri anak yang baru lahir tu lebih berharga lebih daripada emas... percayalah.

Jadi, pada sapa-sapa yang pernah menyombong pada ibu masing-masing, pada yang pernah meninggi suara pada ibu masing-masing, pada korang yang pernah cari alasan untuk menolak permintaan emak masing-masing... think about this please. Pada sapa-sapa yang dah lama tak call emak korang tu, tu ha masing-masing ada handphone mahal ribu-riban. At least, cuba telefon dan cakap - "mak, thank you". Kalau dia tanya kenapa... cakap, takde apa-apa, saja-saja nak cakap "thank you".






0 000 orang doakan erin pregnant: