MUMY ...SELAMAT HARI IBU .

HYE ..beep ...broop2 ..toink2 .. :D


kali nie aku nk wat entri untuk HARI IBU ... kepada ibu ,mama ,mummy ,emak ,umi .. SELAMAT HARI IBU ... shaye ucapkan kepada semua .. OH ye ... besh ek sape yang tgh ngandung nie .. lagi2 time tggu hari .. push2 .. dug dug x jntung uh nk tgok beby kowang ... besh2 .... harap semua berjalan lancar ye ... weee :)

terima kasih kepada ibu .. kerana selamat melahirkan kami di muka bumi yang begitu indah dgn tangisan uwekk2 .. sekirenye takde ibu melahirkan kami ..kami xkan kesempatan nk lihat muka bumi nie ...
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

Demi kelangsungan hidup kami , ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya enjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat.

Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.

Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk engenang jasa dan tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku.


AJAIBNYA TANGAN IBU ......



Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,menyusu
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


inilah hasil NURKILAN .. DARI PUTERI ERIN :)

renungkan la semua ..........................


0 000 orang doakan erin pregnant: