apakah rukun nikah ?


HAI ALLZ ....

dalam kawasan jb la mesti ade interview .. kowang ade kan .. xlen x bukan selalu kebanyakan 
tanya .. ape rukun nikah ?? jgn pulak bace rukun negara .. biasalah kalau gugup macam uh la .. kan 

padahal aircond dah sejuk melampau pon boleh berpeluh jurai2 .. kelakar pulak ...

n ade juga suh bace doa qunut la ... aku hafal tapi bile kena terjah selalu jarang hafal ..
elok2 hafal terus x hafal ..mahu xgelabah ...
mcm mana ek .. nanti aku .. harap2 ok la .. aku kursus pon belum lagi ...
dah pikir interview .. grr


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,
1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.



4 000 orang doakan erin pregnant:

Nazliah said... [Reply]

erin... profile blog u ni memg cantik lerrr

erin moshimoshi said... [Reply]

@Nazliah
design ke header dear ... xphm ...

FarizAtie said... [Reply]

huhu tau xpe..kadang2 tgk ramai B2B yang sibuk persiapan tp x rmi saya tgk yang nak amek tau bab2 keagamaan padehal perkara ni PALING pntg untuk mendirikan rumah tangga..:)

erin moshimoshi said... [Reply]

@miszatie

mgkin ramai yang dh tahu kod sayang . ehehe erin ni ngek lagi ... ape pon xtahu .. akkakak cewahhh bodek2