masih ade kah ???

assalamualaikum .. jom minup kopi bagi hati pahit lagi 
:))

erin nk jdkan topik pagi nie menikam2 kalbu la boleh x ahhaha ... kenapa siapa mengapa .bagaimana 
ahahaha semua pakage :)

Ke mana sahaja lelaki ingin pergi, lelaki pergi bersama siapa, segalanya perempuan ingin tahu dan ambil tahu. Adakah ini menunjukkan bahawa perempuan sememangnya kuat mengongkong dan mengawal hidup lelaki? Sejauh manakah kebenaran kenyataan itu? Sebenarnya, lelaki tidak faham maksud tersirat yang ingin perempuan tonjolkan. Perempuan memang mengongkong hidup lelaki walaupun perempuan tidak pernah mengakuinya. Namun, tindakan mengongkong itu bukan datang dari hatinya sendiri secara sengaja. Semua itu dilakukan demi menjaga hubungannya dengan lelaki kesayangannya.


Terdapat banyak alasan yang membuatkan perempuan terpaksa mengongkong lelaki tanpa disedari :
1. Lelaki itu mungkin terlalu sempurna baginya dan juga bagi perempuan lain. Dia akan berasa tergugat dengan keadaan sekeliling apatah lagi sekiranya dia hanya seorang gadis biasa yang tidak mempunyai kehebatan dan personaliti yang hebat seperti perempuan lain. Jadi, nasihat saya bagi lelaki yang mempunyai kekasih yang tidak begitu hebat, anda sepatutnya
2. Perempuan risau melihat sikap perempuan-perempuan lain yang tidak tahu menghormati hak orang lain. Dia berpendapat bahawa perempuan zaman sekarang sudah tidak tahu membezakan antara lelaki bujang dengan lelaki yang sudah berpunya. ini yang erin takut :(
3. Perempuan berasa risau dan cemas sekiranya kasih sayang dan perhatian lelaki semakin pudar dan beralih arah kepada perempuan lain. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, perempuan akan mula mengongkong hidup lelaki tanpa disedari.
4. Sebenarnya, sikap mengongkong ini merupakan sikap yang paling penting dalam hidup perempuan. Perempuan menganggap bahawa mereka sedaya upaya menunjukkan perasaan cinta yang mendalam terhadap lelaki melalui sikap mengongkong ini. Mungkin istilah mengongkong tidak sesuai bagi perempuan kerana mereka menganggap tindakan ini merupakan sikap prihatin mereka terhadap lelaki.








masih ade kah ???

salam semua ...
setelah sekian lama ku menyepi .. kini muncul yang terkini .. maklumlah .. mcm2  ..masalah timbul dalam hidup nie ...dugaan melimpah2 ruah..rasa rindu pada belog bukan sikit sikit dah. *membuak buak sampai tak boleh nak di bendung lagi. konon nya nak update la satu dua tiga empat lima enam tujuh entry semalam, tapi, akibat...

Lelaki semuanya mulut manis, macam-macam lelaki aku kenal. Mulut amatlah manis, sehingga beribu semut akan menghurungnya. Dari yang amat baik hingga lah yang amat nakal. Tetap manis. Kita wanita terhanyut dengan kata-kata manis itu. Tak bosan kah mereka berkata manis?

betul jugak kan .. hurmmm ...
---- > masih ade ke lelaki yang bek n sentiasa wat kite senang ati ?? wujud x ? 


---- >lelaki yang bersifat matang dlm handle segala bagai masih ade ke ??
 
---- >lelaki yang selalu wat kite tersenyum tanpa secalit luka pon dihati ..wujud ke ??
 
---- >lelaki yang bek untuk perempuan yang bek betul ke ?? tapi lelaki yang baik sifat dan tutur katanya masih ade ke dekat muka bumi nie ??
 
----- >lelaki yang bertangungjawab sebagai seorang suami kelak mungkin ade ke ??
 
----- >lelaki yang sentiasa di sisi orang yg memerlukan wujud x??
 ----- > kata profesional ..lelaki ketua keluarga n raja dlm rumah tangga ,, tenang dlm buat keputusan ..mcm mna kalau perempuan semua bntu ??
 
----- > ade lagi ke lelaki yang xpernah cepat mengalah bila ditimpa masalah ??
 
----- > lelaki yang mudah terpengaruh dgn kawan mcm mna ... ?
 
--- >wujud x lelaki yang dgr nasihat isteri atau bakal ?? berguna x ??
 
----- >ade lagi ke lelaki yang memikirkan hati n perasaan pasangan bila dia nak buat sesuatu tu .. ade ke ??
------ >lelaki yang selalu mnjaga hati pasangan dia agak nye kan wujud ke ?? bahagia x wanita uh ??

kalau lelaki yang xde semua nie .. yang x wujud semua nie ... patut ke kite hormat kaum adam mcm nie ?? patut x ?? hurmm lelaki lelaki bawaklah hargai semua perempuan yang ade di muka bumi nie ?? mereka la tulang rusuk kamu dlm segala hal .. dye la byk bersama kamu masa susah dan senang ... bukan sahabat anda !! kalau ade la lelaki yang amik remeh temeh hal nie .. bawak2 la lupekan diri uh untuk berkawen .. cri la perempuan yang sekutu dgn kamu .huhahuhahuha sane sini ...

bagi perempuan pulak ..jgn putus aasa ccri lelaki yang kite inginkan ... masih wujud ke tidak lelaki ni bljg cerita .. yang penting dgr suma nasihat n tunjuk ajar kite ..bukan nye cri lelaki yang masuk telinga kanan kuar telinga kiri .. ok ??

bai bai








so how ?

ai semua ... kite storyy sikit mikit k ... weee....

byk la aku blogwalking blogger yg dh ade experience kahwen or tunang nie ...hurmmm setakat nie aku best la see ..smpai semua follower aku orang yg dh married je .. ahha ...
yela mereka ade pengalaman ..aku nie ape pon xde .. anak sulong pulak uh ..bukan anak bongsu ade abg kakak ..aku single je nie .. eh bukan aku xde abg kakak la mksudnye . ehhe...

saya dh okay nan bf saya ..shuke2 .. tapi kadang2 mcm2 dugaan .. hurmm
sbnrnye bukan dugaan .. saya nie xreti control ..weee
dh la forget la ...

kowang nak tahu x..selama ni erin pikir ..lelaki dlm malayia nie xamik berat pd mjlis tunang ,kawen or anything else .. tapi tidak semua eak .. sebab kan .. ye so far mmg beruntung laaa saya dapat encik sayang yang care about this ..lagi tunang saya dh nk dekat .. wahh klau aku dapat laki yang xamik berat ni
susah jugak ek ..ade mengamuk je kang aku ... ahahha....
allah maha mengetahui kan .. syukur sangat2 dapat yang nie ..cukup sempurna pada aku ..

hurmmm nak tahu nape x? mcm nie la .. yelah aku xpikir pon
  • At first, aku dah deal dah nan dye nak hantaran 5 berbalas 7 .. xpela yunk biar kawen kite lebih tunang xyah byk2 ..sebab kite ikat pon 4 bulan je kan b .. hurmm so far dye ckp aah boleh je yunk .. betul jugak ..  *wah hati aku berbisik bagus dye setuju *
  • yang kedua .. i ckp pada dye .. i nk amik mini pelamin untuk my e-day la yunk .mahal x siap sewa baju semua .. hurmmm ade la daalam something uh dye sebut ..so far okay la .. tapi aku bncang2 nan mummy aku .. then mummy ckp xyah nk over la ..sbb ko nak bajet kawen plak lepas uh ..hurmm betul gak ..encik sayang sy pon setuju ehhe .. belom tye lak pd dye ..xnk men tukar2 cincin ke .. aha pelik ek ....
  • kami berbincang tiap2 hari .. encik sayang sy nak ajak kuar ahad nie .hurmm nak xnk ek .. dye ckp utamakan cincin yunk ... nanti lambat2 susah .. lagi 2 bulan nk puasa ..aku lak dh nk bercuti ..bulan 7 lak adik dye nk kwen ..dh sibuk ..pastu bulan 8 puasa mmg xnk kuar la .. pastu buln 9 awal bulan dh nk tunang ..mcm mna nie ... *haisyh aku blh buat slamber dye lak yang care ek ..bagus tol la*

Untung nye la aku nie ek .,xyah pusing2 ..semua dye serahkan kat aku ..so ikut suke aku je nk pilih baju warna ape ke .. dye setuju je mnajang.... kalau pasangan kamu serah bulat-bulat semuanya pada kamu. Kan?. ape kowang rasa ??? Bahagia.



kuku panjang semasa menyarungkan cincin

hyep peep ... 
pimple ...
ape pon xboleh .. ahahaa
 
Semua org ade kuku kn tp jgn la nk menunjuk yg korang ade kuku yg PANJANG!!!

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. 
 
 
ya allah .. aku nie ade gak kadang lupe potong kuku ... tapi xde smpai pnjg ..sbb pk haram je kan .. taku la orang ckp mcm bela babi je ... opssss khinzir ... hehe .. kasor bahasa mu la .. 
alaaa bnda boleh settle ..kalau kuku mcm ni smbil kowang bce blog aku nie ..settle kan la ..potong la kuku kowang uh ... sbllm di potong dgn sabit .. :-)

weeee ..
tak manis kan bile kite bela kuku pastu time ibu mertua kamu eh bakal la .. mcm mana ?
malu kan ....macam xkena jaga je .. eee mesti ckp pengotor je ..
Jangan begini di hari nikah anda ye ..
bukan setakat mak mertua kamu je ..silap photographer pon ckp ape kang.
lagi2 menghala kamera ke arah jari pengantin bila cincin hendak disarungkan.
eeee tolong la jgn malukan kaum wanita ..:)
Takpon, kalau takde budget, potong sahaja kuku biar pendek.
Saya masih percaya, inai itu cantek bila ditepek di kuku pengantin baru. =)
Barulah rasa pengantin baru kan. Hiks.
 
 
 Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.



pantang larang bakal pengantin

salam semua ...

belajar nie semua k .jgn ingat la kite nk kwen nie ..semua x perlu amik tahu ..mmg betul uh semua kata2 orang tue ...nk ikutkan ckp orang tue ... semua betul ... nth la pd erin kan ...saya percaya semua nie ..pagi2 dh cter n search bnda2 nie kan .. weee

Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.

Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.

1 ) Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2 ) Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3 ) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4 ) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5 ) Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

6 ) Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.

7 ) Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8 ) Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9 ) Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.

10 ) Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

11 ) Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

12 ) Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14 ) Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15 ) Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

16 ) Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. 
17 ) Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. 

18 )Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. 

19 ) Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 

20 )Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. 

21 ) Elakkan minum minuman keras dan merokok. 

22 ) Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. 

23 )Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. 

24 ) Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 

25 ) Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 

26 ) Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 

27 ) Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 

28 ) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat. 

29 ) Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul. 

30 ) Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama. 

31 ) Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan. 

32 ) Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.

33 ) Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. 

34 ) Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 

35 ) Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 

36 ) Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 

37 ) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 

38 ) Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung. 

39 ) Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri. 

40 ) Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 

41 ) Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding. 

42 ) Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. 

rahsia pengantin lelaki melalui ciumannya


wah agak sensitif juga .. entri aku nie ..tapi semua ni untuk pengetahuan kan ?
betul x?? kite xsuruh percayai sbb kan ni bukan ade dalam kitab or hadis

Panduan-panduan di bawah ini akan membolehkan para isteri mengetahui dan mengenali serba sedikit perangai dan kelakuan si suami melalui cara ciumannya :
a). Mata Tertutup
Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik
dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.

b). Mata Terbuka
Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya.
Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.

c). Cium dengan kuat
Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.

d).Cumbuan Lidah
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.

e). Cium sambil membelai manja
Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.


Perkara-perkara diatas hanyalah panduan , ia tidak semestinya betul kerana ia tidak termaktub di dalam Al-
Quran dan hadis.


i love islam ... 10 soalan sebelum tunang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.


Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.


Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.


Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.




10 soalan itu adalah:


1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.


2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.


3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.


4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.


5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.


6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?


7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.


8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.


9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.


10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.


Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.


- Artikel iluvislam.com




faces it wift smile ...


sedap hadapi dugaan mcm2 aku nie .. xtahu bile nk sempurna ..
bukan nk gaduh2 la nie  ... geram2 ... uwaaaa...
bukan tidak sma sekali ..

tapi tapi ....
senang betul hati ni tersentuh bile melihat orang dh bergelar ibu 
suami isteri .. bahagia sungguh ...
ade juga sahabat aku dh tunang wat bkn men grand uhu ..
wedding dye nye pelamin je RM 17000 wooo :)
tercopong aku lihat ... so ape lg jeles aku jo ....

simptom siptom laen plak ... 
aku sungguh kesal ....

orang mengata ke mengumpat ke ..kita diam je ..rilex 

orang berhenti mengata .. kite pon ade la sikit reda ...

orang mengata lagi kite down !!

orang maki kite lagi kite down + sedih +menagis kan ...aku xreti gaduh ..
hurmmmm *tp nan cik sayang blh *hahaha

takpelah mummy saya selalu pesan setiap kali aku mengadu kesedihan aku nie ..dye bilang ...
yang ko nk sedih2 nanes2 nie nape ?? ape yang dyorang dapat ?? dapat duit ke ?? kaya raya ke mereka ?
hurmm .. cube ko pikir kak oi ape dyorang dapat ... dyorang dapat DOSA la ... biarkan ...

semua nie xdatang kudis pon pada badan ko kak ... semua nie xjejas kan reputasi ko sebagai anak majikan kak ..so ko kena buat ape lepas nie ..pkir sendiri ...

yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku pikir aku akan teruskan hidup dgn gembira .. yeashhh 
teruskan menyengih k erin ...

belum tentu kowang yang mengata aku akan kaya raya , aman sentosa ... tenang n disukai ramai ..
satu hari nanti kowang akan dapat ape yang kowang buat pada orang yang telah kowang mengata ..


Bila view picture tunang saya, mula lah sebak.
After years knowing him, bercinta dan bercanda, kakakka*poyo*, hehee
Walau gaduh baik gaduh baik, tetap dia yang saya mahu.
Saya tahu dia yang terbaik untuk saya, dia pilihan paling tepat untuk jadi teman hidup saya.
Sehingga ke syurga, ye ? PASTI !! aminn 

Ye, saya cinta dia sepenuh hati saya.
Mohon dipermudahkan semuanya, Amin.

sebelum majlis pertunangan

MAJLIS PERTUNANGAN

Bagi bakal pengantin yang ingin melangsungkan majlis pertunangan, anda mestilah merancang dengan rapi agar majlis bersejarah anda akan berlangsung dengan mudah dan lancar. Saya berkongsi sedikit persiapan yang perlu diambil berat sebelum berlangsungnya majlis pertunangan.

1. Barang hantaran (Cincin/baju/buah/jam dsb)

2. Keluarga pengiring

3. Jurugambar

4. Menu

5. Penyambut tetamu

6. Jurucakap bagi pihak keluarga lelaki/perempuan

7. Pakaian bagi bakal pengantin perempuan

8. Hiasan bilik

Sekadar berkongsi ... aku pon x siap ape ... eleh lma lagi kod lek la .. 2bulan je lagi hehehe...



hiasan untuk bilik pengantin


weee ..salam ..

jom tidur di kamar ku ... opsss dh pagi la xblh tidor time to go work ...tapi kerja dh siap so ape patot buat updat je la mna yg terlintas di pale hotak ku .. eeee yukkk .... aku sekarang nk buat byk2 entri idaman kawen ku sampai kenyataan ..

harap harap aku para designer n wedding planner aku tahu ape kemahuan aku ..mintak2 bace la blog nie :)
jom la letsss gooo ....






bilik tidur pengantin ni sudah menjadi satu kemestian dalam satu majlis raja n ratu sehari ..
tempat yang diberikan keutamaan bilik tidur pengantin selalunya dihias dengan cukup indah dan menarik .
untuk meningkatkan suasana perkhahwinan yang dikecapi sekali dalam seumur hidup ..

selain memberi tumpuan terhadapp dekorasi pelamin dan barangan dulang hantaran ..bilik tidur pon pentingkan untuk melengkapkan seri n ceria perkhahwinan ..yela orang dtgg mesti nak tgok bilik pengantin ..tol x ape aku cakapkan nie ..semua menjadi tumpuan bg keluarga terdekat ....ada juga tetamu yang tak masuk tapi mesti ade je yang nk solak selak langsir nak perhati betul x?? nasib bilik aku tggi tingkat atas kahahaa ..sian kowang yang nk perhatikan ...


BAGAIKAN satu kemestian dalam satu majlis resepsi perkhahwinan kan . bilik tidur pengantin perlu dihias untuk menyerlahkan  sambutan raja sehari . mengikut citarasa dan konsep dalam perkhahwinan , bilik tidur juga antara memberi semangat kepada pasangan yang menempuh hari perkhahwinan .. :-)


semua wedding planner yang aku dgr kan .. semangat yang dimaksudkan ialah dari sudut kecantikan ,suasana dan kelengkapan pada majlis berkenaan . mcm mna exclusive pon bilik tidur xde seri kalau tiada sedikit hiasan sekurangnya bunga fresh ,cadar baru , hiasan lampu2 .. wow !! 







bai bai ..harap aku dapat ape yang aku iginkan ..semua aku masukan aku suke .. hehee so why not aku nk kan ... xyah byr pilih je mna nk ...cukup tahu bayor haha  ....


baibai


present to my bride's maid

hye u alls :P

dalam diam ku bosan dan mempunyai idea yang mengancam kalbu ... kelambu ..boleh terigau2 hingga ke mimpi mimpi kowang :) ... kowang nak tahu kan .. jom la jd pengapit aku ...isi borang yang akan muncul x lama lagi ..tapi xnk jauh2 sebab erin area muar ... en.sayang saya pon org muar gak .. ehhehe tengah cri 2 orang nie ...satu majlis aku n satu mjlis encik syg ... mesti la nk pengapit laen2 kan ..xnk la same je ..xnmpk kelainan tol x ??

so today i just nak share idea .. ape yg tersirat di kalbu aku ..
tak byk pon ..ini pon pilihan ..xtahu lg ..byk pilihan tp xtahu mna akan jd igauan ..nie kena buat cabutan bertuah ehhehe ..sape pilih itu dpt tu la ...kalau kowang klik papadom ..aku suh mummy aku goreng papadom then bawak balik satu telap ..ok x??
ahhahaha aku xkijam la dear ...joke joke mnje gitu ...

pengiring pengantin aku yang paling mungkin teman dekat atau keluarga. Oleh kerana itu, memilih hadiah pengiring pengantin boleh stress untuk beberapa pengantin , kerana aku ingin mencari sesuatu yang semua orang akan mencintai.dan mengigati hadiah tradisional selalu popular, tapi jangan takut untuk menjadi kreatif dan berfikir di luar kotak. Di bawah ini adalah 10 idea hadiah yang besar untuk pengiring pengantin aku yang merangkumi baik idea-idea kreatif dan tradisional ... tapi harap2 ok la ..:)



1. Personalized Photo Album : Pilih album foto kecil namun bergaya untuk pengiring pengantin masing-masing. Luangkan masa untuk pergi melalui foto-foto lama aku berdua dengan kawan aku. Pilih kegemaran aku dan mempunyai salinan dibuat (hitam dan putih adalah pilihan yang besar di sini). Isi album foto dan bolehmembuat sebuah hadiah yang akan menyentuh hatinya dan terakhir seumur hidup .bukan gmbr aku n laki aku ..tapi bakal bridemaid aku nnti ....





2. Spa Gift Card :: Berada di perkahwinan boleh memenatkan! Jadi, membeli Gals aku kad hadiah ke spa di daerah mereka. Jumlah tersebut akan berubah-ubah pada anggaran aku (tetapi cubalah untuk menjaga minimal menjadi $ 25). Dengan kurnia ini, mereka boleh berehat selepas memakai kasut hak mereka sepanjang malam.


3. Peti Perhiasan terukir: Ini adalah cara yang bagus untuk pengiring pengantin untuk menyimpan perhiasan pengiring pengantin mereka. Namun, mendapatkan peribadi dengan ukiran tersebut. Cara terbaik untuk memiliki sentimen yang berbeza untuk pengiring pengantin masing-masing. Dengan cara ini, mereka akan tahu aku mengambil masa untuk memilih sesuatu khususnya untuk mereka. terbaek ....


4. Personalized berbingkai Puisi: Jika aku adalah jenis kreatif, menulis sebuah puisi untuk pengiring pengantin anda dan memilikinya terikat dalam rangka yang indah. Jika tulisan bukanlah hal aku , cukup melihat melalui buku-buku puisi dan mencari puisi yang tepat untuk pengiring pengantin masing-masing dan mempunyai dibingkai. Gagasan ini pasti akan membawa air mata! ohhh terharu bride maid aku nnti



5. Monogramed goodie bag: Pilih beg tali chic yang boleh monogramed dengan awal yang dilakukan oleh pengiring pengantin dan mengisinya dengan minyak wangi, lotion, semburan, perhiasan, kad hadiah, dan hal lain sesuai dengan mereka. Ini adalah cara yang bagus untuk memberikan pengiring pengantin anda sedikit segalanya.



6. Girls Night Out: Setelah pernikahan, rencana keluar gadis malam! Pergi ke restoran bagus, pergi menonton filem, atau pergi menari. Sekarang hari perkahwinan selesai, aku dan pengiring pengantin aku boleh berehat dan bersenang-senang. ... enjoy la :P

7. Siapkan Makan Malam Khusus: Adakah aku memasak awesome? Jika demikian, tuan rumah makan malam empat-kursus pihak untuk menghormati pengiring pengantin aku ...ahhahaa '- ciri-ciri anggur terbaik aaku mampu dan hidangan yang paling mewah aku boleh mempersiapkan diri. tentang mengesankan dan tampan Bicara!  ..maybe nie x kod ... poning palo den ..rncang melampau tp xbuat ahhaa


8. Perhiasan: Perhiasan mungkin adalah idea hadiah yang paling popular dan tradisional. Namun, jika aku pergi dengan cara ini, pastikan dan memilih bahagian yang berbeza untuk pengiring pengantin masing-masing. Sekali lagi, membuat mereka merasa individu dan khusus.


9. Individu Gift Cards: Apabila aku memikirkan peribadi, kad hadiah mungkin tidak apa yang anda fikirkan. Namun, jika anda memilih kad hadiah berbeza untuk setiap gal, yang membuat peribadi. Apa butik kegemaran mereka? Kedai kasut? Kedai barang antik? Begitu banyak kemungkinan.

10. J Handbag Cute: Apa wanita tidak mengasihi dompet? Pilih warna yang sesuai dengan gaun pengiring pengantin, namun tetap boleh digunakan selepas perkahwinan. Gaya yang berbeza untuk pengiring pengantin masing-masing akan memberikan sentuhan peribadi.

11 . perfume :: aku akan bg perfume jenama sikit .. sama ade vera wang , zara atau romance ke dkny ke ..ehhehe wangi kan ..den letak kat kotak yang exclusive wow ...

wahhhh mcm2 aku nk ...  tp tgok kemmpuan k ... tapi aku rsa la aku akn wat terbaek .....OKAY DUN WORRY BAKAL BRIDE MAID AKU ... kowang sentiasa aku lakukan terbaek .. sebab kowang akan buat yang terbaek kan ?? ehehehe ....

kawan atau pasangan :-/


hyep salam ayahnda bonda ... nenda ,kanda ,dinda ...mkcikanda ..atokda nenda ..kaka
semua merapu gitu lallala....apekah entri ku kali ni .. hurmm ade la tbe2 mood aku nk wat status kat facebook yang mna lagi penting kawan atau pasangan kowang ..hurmm majoriti jawab diri sendiri la .. family la ..len dah topik aku tye n dijawab oleh rakan facebook ku ...polik2 ... pda kowang rakan blogger ce suggest ce suggest
Orang kate kapel pon boleh putus... Jadi kawan tu lebih penting.

Ade jugak orang kate kawan tu boleh jadi "lawan". Kadang-kadang bermusuhan. So pasangan lagi penting ...


tapi kan kalau pada aku 2 2 mmg la penting .. ish aku pon xdpt nk jangka la mana penting ..sebab 2 2 pernah mnyakitkan hati .. hurmmm pada aku kawan kod ..pasangan kod ... 2 2 xkod ... family lagi penting ahahhaha....Aku tak suke membezakan antare keduanye. 

Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. pasangan pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls/boys kat dunia ...

Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.
 


 ok nie entri kalau pasangan 




Tapi kalau aku ade masalah skit ngan kawan aku, aku cari bf aku tapi bukan untuk mengadu. Bf aku takkan dengar sebarang aduan atau lain ayat die tak suke dengar aku mengumpat. Ok fine..kadang2 dye gelak gelak kan ..hurmm mcm xpenting pon ade..ade juga bile kite mahukan dye ,tapi dye tiada disisi ..krik krik fine .Cume aku akan spend time dengan die more lah. Or else berborak-borak dengan die bagi reda sikit rase xbest kat hati. Bercakap dgn die bley wat sume masalah aku ilang.... sebab ade masa dye ok ade masa dye ok ...aku ni kaki msg n kaki gayut ... jadi aku punya alasan la sebab ape pilih pasangan .. hurmm sebab dye lagi byk spent time nan aku dri kawan2 aku .. mna ade kawan2 24jam nk same nan kite ..betul x ??  sokong kan ? sebab pasangan aku rajen on call n message nan aku dan juga aku harap harap ini berkekalan sampai ujung nyawa aku .. n aku amat berterima kasih la kerana banyak mengisi ruang aku yang kosong nie .. hurmmm sebab aku pilih pasangan aku lagi nak tahu .. hurm dye selalu ade tahap kite down n happy n sakit mcm2 la ..dye la yang risau segala bagai .. bukan bermakna kawan kite xboleh buat .aku x ckp pon kawan bukan xterbaek ...tapi aku rasa la nie pndagan aku pasangan aku la yang byk jaga hati n perasaan aku ...n pandai tenangkan fikiran aku bile kusut ... 


okla ..reason yang seterusnya .. aku pilih pasangan sebab ..aku lagi percaya kan dye daripada orang lain ..ini tidak bermakna aku tak percayakan kawan2 aku .. aku percaya ...semua kawan aku tapi x semua la ... aku pon xramai kawan yang sejati n terpatri dlm diri aku nie ..cume sorang dua orang je kod .. yang len semua mcm haram jadah cantik diluar jahat didalam ...aku percayakan pasangan aku sebab ape kan setakat nie aku belum dgr dye kepoh nan sape2 pon suka duka aku alami selama ni .. semua rahsia antara kami ... dan aku pon harap dia xsia sia kan pengorbanan dan kepercayaan aku pada dye selama lamanya ...


kite guna bahasa top lak ... aku pilih pasangan ke aku sokong ?? ermm aku bg reason la ..sebab ke 3 xsilap aku kan ..aku pilih pasangan aku sebab dye yang akan bernikah dgn kite dan hidup selamanya nan kita kan .. so patut kod kalau aku lebih n more pada dia .. ...betul x?? sebab dia yang bg aku nafkah baek zahir dan batin bukan kawan2 aku kan ? kawan2 cuma tumpang senang je ... aku story more pada masalah je nie ..mcm aku byk no masalah ..padahal xpon .akkaka ... oklah aku rasa pasangan aku atau future husben kita la tempat aku mengadu maslah walaupon dye tak boleh bg pendapat or kritikan ..ataupon nasihat yang penting aku tetap nak cerita nan dye segala masalah aku ..mna tahu boleh lega ...*cewah*wek:P


Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;


  • Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? 

  • Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh erin takde"

  • Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? kalau kawan maybe ade gak yang kasar nan kite smpai wat kite terguris di setiap kata2 kan .

  • Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? eleh xyah nk bohong la ... Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.
Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri / husbend masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa? :))

nie entri kawan





 Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?

Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.
Banyak benda yang kita tak akan dapat walau kita berusaha sekuat mana pun. Dan bila tiba masanya, kita tahu bila kita patut berhenti berusaha. Dan biarkan segala usaha kita menjadi abu yang bertebangan. Well sekurang-kurangnya kita berusaha kan? Hidup ni tak adil. Semua orang tahu tu. So, jangan la nak merungut lebih-lebih. Live with it. Live your life. Live your day. Have a nice day,PEACE :p

walau ape pon family tetap no 1 ..

zaman dahulu muda mudi

 hye awak ..awak awak ... awak sayang saya kan ??? jom follow saya ..pergi mana ...
pergi alam maya saya la .... ALAM MAYA SEORANG PUTERI .....

Hello sume... Apa habaq??? Hangpa suma dah makan blom ? Kalo dah makan tu lepak sini sat mai baca. Yang lom makan plak jangan g makan lagi. Mai sini meh baca blog aku ..... pasti konyang lorh ...  Hang g makan siap hang! Bhahaha... *mengong ku smpai barangkali *


ali ini loo idea nak hupdate blog takda mali la..... So aku pikiaq baik aku reveal jela sikret lah kunon pasai gonjeng gonjeng ku masa sekolah rendah smpai la menegah ...Story aku agak special skit sebabaku kan nak jadi puteri ..uh la suruh mak nama kan puteri xnk ..kan dh berangan lebih ..Jadi pendek kata, nama ni dah sinonim dengan aku puih* and aku sorang je bley gune name ni bhahaha... Panjang kate sape nak curik trademark aku dari kecik ni sampai ke besao siap kau! I see you in court. Keh3 ..i will find anymore sampai cacing2 aku lumur :-p





Sebelom aku mule ceghita aku nak bagi salam dulu. Assalamualaikum suma... Hahaha... Lupa bagi salam kat muqadimah. Takpa... Ni entry special puih* so lets make something different... Bagi salam at the end of entry ponok kan? Haha... Banyak melalot jer aku ni -_-"Ok mule bercelite .... celitanya camni... Zaman kanak-kanak kat skola rendah, budak-budak dalam kelas aku kalo nak kenal-kenal or memule nak kenal or nak kenen-kenen dengan sikret admire, mulelah bertuka-tuka buku biodata. Nostalgia btol buku biodata ni aku pasti kau orang sume pon ade or paling kurang kalo takde pon, mesti pernah tulis dalam buku kengkawan korang pasal biodata kau orang kan kan? mula la ..hye aku nk biodata la .. boleh x? haishh nnti awak pulak bg kat saya k ...


ermm ape ade dalam setiap biodata ...mesti la ade name, alamat, tarikh lahir, tempat lahir, hobi, makanan/minuman kegemaran and macam-macam lagi der... 
  • zodiak :: sagitarius
  • warna kegemaran: pink ,silver
  • hobi: membaca
  • cita-cita: gali kubur
  • nama ibu: emak
  • nama bapa: ayah
  • adik beradik: xde nombol...
  • ucapan: semoga gembira selalu 
  • tempat lahir :: atas katil ..bedekah2 aku ketawa ..hahahahaha akakakka ...mengong kan ayat ko ...
< OPSSS >
 sorang... sorang  tulis. Biasenyer bergilir-gilir sume orang kene tulis. Paling cepat n simple 5 menit dah siap. Tapi mase zaman aku dulu payoh la nak siapkan dalam mase 5 menit. Paling kuang kene bawak balik umah lukis cantik-cantik gambo katon pastu warnekan.pen warna wani jgn ckp la berkepuk2 kat pencil case aku ... paling tidak pon kalo xmo kalerkan or lukis katon, kene lekat gambo. Majalah mangge la biasenye kene tarah bebudak ambek gambo artis tah mane-mane pastu tampal kat page biodata masing-masing. konon idaman artis la ..ahahha masa zaman aku top sape ?? haaaaa karam sigh walia ..sob sob ...poyo je .. siti nurhaliza , new boyz , siti nordiana .... mula la ...

 
Bhahaha... Giler ah ayat akuuu... semua nak interprame ek . Kah kah kah!!! Tak sempoi langsong aku kecik-kecik dulu kan? Skema gila... Pakai tdong pon mase kecik cam telekung. Dah mak aku kate aku cam katon. ... Bile membesar pon tak cukop inci kesian aku. tapi kan aku still cute mcm gmbr atas nie ? welk*

ahhaha ade jugak auw ... aku amik buku dyorang bwk balik .. smpai kerja sekolah pon xsiap .. punye minat nk wat biodata .. ha cntik ku design kan ..pastu bile dh tue mcm nie ..buat blog pulak ..punye minat bercerita aku .. :-p antara aku tulis semua nyirap ..mesti aku wt balik ..tulisan dh mcm carton .. doctor cinta pon cntik .. 

sekarang nie ... aku selongkar selongkar ..adik aku pulak ade nak biodata ..eingat zaman tok ketua dlu2 je ..rupenya alam 2011 pon ade ek ... kebanyakan gurl je kan .. laki jarang la aku tengok .. zaman aku dlu laki top nan pensel box tmpat letak tape uh ... mcm2 sticker aku lihat ..haisyhhh aje giler ek ..xberbaloi2 la ....

ku tahu kaw nak tahu ape ku tulis masa dulu kan ... xpernah aku nk g tahu .. jd xperlu la ..biarla semua uh kenangan budak2 sekolah aku ..silap dh bakor dh buku biodata mereka ..penat aku lukis cntik2 . ehehe .. kejam sungguh ..ckp orang aku pon same ..dh buang :-p maaf ye kengkawan :)
okalaaa ....

selamat study ..eh selamat reading my blog :P



selamat morning :)


assalamualaikum ^^
haishhh ade lagi nie yang belum manun kan2 .. haha .. ade yang mimpi dapat duit la ..ade mimpi dating nan boypren la ek ... haishhh bawak2 la manun cik cik chenta ... alaaahai taik mata berkerak ha .. :-p
 
 
jangan marah auw ...pagi ni aku bangun awal seyh ... sebab dapat mimpi buruk xbesh ... suckkk ..ahhhh hawau toi ... menci ..tatut .. dpt mimpi uh duk diam2 jap ....trus kol kesayangan hamba ..ckp i mimpi buruk ... dye blh ketawa setelah dgr aku mimpi buruk ..ermmmm teruk tol .. x amik berat tol ...
sedihhhh gilak ... kuakua  ....pagie2 dh macam elmo mintak tempe... wah ....dahsyat ....








sooooooooooo sekarang dengan lafaz bismilah saya ingin mengucapkan selamat morning ebelibody ... mahu ape ? roti tisu ?? jap sy g cri tisu ... mahu ape lagi roti tmpal ..jap cri gam ... roti telur ea??? okay bape bijik telur kamu nak ?? telur ayam kampung baek punyaaa nak ?? hahhaa ..roti kosong ..ohhh nk diet ea?? hbis la .. sebab dh kosong dlm besen uh .. kakakkaa .... okay jom mulakan hari anda dengan senyuman dan ceria .... dimana letak nye rohani dan jasmani kalau bukan dekat dlm diri sendiri :P ..kan yunk .. weee..

pagi2 kita kena kumpul pahala ok ..bukan dosa ..buangkan sesi motivasi umpat2 nie ..xelok untuk jantung auw ..kowang pikir kowang baek la nk umpat orang ..sendiri pon dosa berbakul2 ..eee xingat mati ke ? xingat dosa ka? sooo buang kan dengki dan iri hati ... tiada semua uh ... ceria la hidup kowang dgn sankaan buruk ... mesti disukai ramai sehingga jilat ke jantung ... boleh ?? yeahhh  

encik sayang selalu pesan . bukan dye je ..kwn2 aku ... ibu bapa ku selalu pesan .. jangan pagi2 n hari2 biasa dh guna panas baran ,riak ,takbur ,busuk hati ..eee jangan la k .. harap simpang2 k .. hurmm erin tatut kowang tatut x?? alaa ye aku pon bukan bek sangat ..semua ade buruk ..tp kite tanaman azam la k ..senang citer pokok pangkal dalam diri kita ..buang sikap negatif ok ...

hahaha pagi2 dah bukak buku ceramah ek aku nie ..kakaka untuk semua golongan baek tue n muda .. baek muslim atau non muslim ..kita kan hidup dalam satu negara ... ahhaha rilex je la kowang k ...aku mmg pagi2 dah gonjeng ... tengok mood kan ..


p/s :: dari pesanan penaja ..pagi2 minum la air teh herba agar kowang cool ..n bukak sarapan dengan astro oasis .untuk orang yang degil2 kakakaka :)


celcom best :-P

          
Keep your family happy together for FREE and enjoy even more savings to stay in touch with everyone else.
 
Why choose Celcom 1+5 Plan? 




selepas 3 hari pakai celcom family plan ..wahh hidup dan diriku begitu berharga ..cewahhh ...loghat saje ku ni ...xpe xpe... biar hidup happy jangan jadi batu api ..betul x?? hehehe ...ha aku pernah wat celcom nie ..tapi dulu la ..sejak dh xde gang block kan la .. mls aku pkai celcom nie lagi ..nyemak je ..yang pkai mummy n adik beradik ie je .. satu tahap uh jeles melanda2 diriku ..uwaaannn... bgai awan nano nano nano nano ...bape byak nano la aku nie ..haisyh ... ..ckap la nan mummy ....
 
hahahahaha ...dengan bangganye ...kuikui ....
aku :: akk nk join celcom family mumy nan encik sayang ..boleh ..dye nak wat la...
mummy :: yaaa ka ?? mngade je ko nie ...buat la kak oi ...ko yang byr ke laki ko ?? :P
aku :: encik sayang byr la ...ahahha xde la kak la byr ..tp kak still pkai 2 no ... sebb no celcom ni khas dgn dye je ...ok ??
mumy :: ye la ....
 
hahahaaaahhahahahahahahahahahhahahaa hooreyyyyyyyyyyyyy
so aku siap ckp nan dye ... ok la bile nak wat nie ... sabar punya sabar yela ...kowang pkir ea...satu hari kol berkali2 ..pagi ,tghari ,malam ,,, uhuhu nasib ade hot tiket ... msa uh la ..pastu hot tiket makin slow2 ...hilang di pandangan mata ini ..gaya mu ... eh ape nie ...tiap2 12 mlm mula la super n saver ...super ring super ring riang :) ... hehee gile kan satu mlm 3rggt seminggu bape byk nk col ?? so encik syg rncang nk amik celcom nie ...so aku pon join the club ... beshhh wooo ...rugi xjoin ...
 
soooo kepada sesapa yang rasa mmbazir guna credit or dipikirkan lagi topup la ...bek mu amik family plan nie ... alaaaa free kol 40jam auw sebuln....dgn kite nye family je la ...luar family sendili inad la ..bayor len ..hakaka ..so sebab uh aku xpasing no celcom aku pd sape2 ..nanti cik sayang aku pot pert je ... 
so keep in sesentuh ....join k ::) xrugi xmati wooo ...

celcommm ...^_^

terima kasih daun keladi ..len kali bg free col lebih lagi ..
weeee I LOVE U LA CELCOM
kau merapat kan keintiman ku . oppsss silap ..ko merapatkan hubungan ku dgn sayangku