barang elektronik akan datang


MESIN JAHIT 



LCD di mesin jahit pribadi,. Syarikat elektronik Brother mengeluarkan mesin jahit tipe Brother Quattro 6000D. Bukan mesin jahit atau mesin obras manual biasa, Brother Quattro 6000D mengunakan teknologi LCD muntuk menampilkan motif kain yang akan dijahit.
Brother Quattro 6000D memiliki layar 4.5 x 7 inch dari Sharp HD LCD. Brother mengunakan teknologi InnovEye dan Up-Close viewer dengan menempatkan camera berdekatan dengan jarum jahit. Sehingga hasil jahitan akan tampil pada layar LCD dan pengukuran jahitan lebih persis. Penguna Brother Quattro 6000D dapat dihubungkan dengan USB untuk menampilkan gambar ke LCD monitor.

AL QURAN DIGITAL RED PEN 



Al Quran versi digital ini adalah kitab Al Quran yang lengkap dengan 30 juzuk. Kita boleh mengubah dan mendengar bacaan qari yang menjadi pilihan. Terdapat beberapa qari yang terkenal boleh dipilih antaranya Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.Ia juga dapat membaca terjemahan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris yang membantu kita untuk lebih memahami setiap maksud ayat Al Quran yang dibaca. Selain itu terdapat juga butang mp3 untuk memainkan irama-irama nasyid. Terdapat juga butang untuk memperlahankan atau menguatkan suara. Antara accessories  lain yang disertakan sekali ini adalah earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain, cable usb dan juga user manual yang dapat membantu pengguna.


TELEFON BIMBIT KHAS WARGA BUTA 


Tactility adalah satu konsep telefon mudah alih yang direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan  dan akan mengurangkan kadar ketidakselesaan menggunakan telefon tradisional ataupun yang sedia ada bagi individu tipikal. Telefon mudah alih biasa terutamanya memberi tumpuan yang lebih kepada estetika dan fungsi, tanpa memikirkan kebolehgunaan untuk seseorang yang tidak akan dapat melihatnya. Selain itu, telefon bimbit model yang berbeza mengandungi susunan keyboard yangberbeza, serta menu operasi yang berbeza yang membuat ia lebih sukar untukmengendalikan telefon bimbit untuk orang-orang buta. Papan kekunci Tactility disediakan dalam bentuk Braille dan mempunyai  fungsi yang paling biasa digunakan dan ianya telah banyak mengurangkan kerumitan yang dihadapi orang-orang buta yangmenggunakannya. Di bawah telefon ini terdapat cincin bulat,  di mana individu boleh meletakkan rantai disitu dan menggantungnya dileher bagi memastikan telefon tersebut senang untuk diambil dan digunakaan.

2 000 orang doakan erin pregnant:

maszull said... [Reply]

assalamualaikum erin...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

Cik Puan Izan✿ said... [Reply]

hai...salam kenal..sis follow sini yer... mcm2 alat elektronik canggih2 skrg ni yer...