final : kisah percintaan kami


selama menyambung entry ... maaf kalau letih membaca ...



So selepas kami declare sebagai kapel pada  12 Februari 2012, hati berbunga-bunga setiap saat. ^_^

Tapi saya mengambil langkah berjaga-jaga. Kali ini saya tidak "beriya" terhadap dia, bimbang tidak dihargai macam pengalaman dulu. Pengalaman ke? Pergi interview nanti boleh gunakan pengalamn ini dan tulis dalam borang? TAKKK BOLEHH NAAAAA.

Jadi sepanjang bercinta, kenal hati budi masing-masing.
Dalam pada berkenal-kenal, banyaknya pengajaran. Menjaga diri, menjaga hati, menjaga pelajaran, mengambil hati dll. Mula kenal perbezaan dia dan saya. Banyak. banyak sangat tapi mula juga untuk belajar menyukai apa yang dia suka dan dia juga belajar untuk menyukai apa yang saya suka.
Paling tak sangka, orang kecil macam dia sebenarnya adalah mempunyai hati yang besar (bukan besar hati), tetapi bila weols bercerita tentang sesuatu dari hati ke hati, kalau dia sedih, dia akan menangis depan saya. Aku ? 20 kali ganda menangis sama-sama pada masa itu.

Beberapa bulan lepas kapel, bercinta , berkenalan semua .. dia suke melihat saya pakai tudung Lepas dah pakai tudung, of course la baju pun sopan-sopan kan.
Masuk tahun pertama bercinta, kami bercadang untuk mula kenal family masing-masing. Alhamdulillah, family dia sangatlah baik. Pertama kali berjumpa mak ayah dia, saya masih lagi malu2 kucing . tapi alhamdulillah pada masa tu saya tidak pula dihalau keluar rumah haha. tapi mereka tetap layan saya dengan baik. Adik beradik dia juga terus jadi adik beradik saya dan rapat terus alhamdulillah sampaila skrg.

Sekarang, tiba pula giliran saya kenalkan dia kepada family saya.

Baru saya bercerita 30 ayat, terus mak saya ajak jumpa . mummy x pernah menghalang anak dia jika perkara benar tapi yang penting sesi mengenal family memang wajib ade dlm adat resam melayu ... jika mummy menghalang kisah cinta kami tapi harus bg alasan yang kukuh insyaAllah pada waktu itu juga saya boleh tinggalkan teman lelaki saya tu. tapi ALHAMDULILLAH ..


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 

had2 tu mesti ade ... mesti ade rasa terkawal tu ... WAJIB :(



Nahhhh bermulalah episod memori cinta luka. Setiap kali aku balik kerja , saya dan dia akan berpesan habis-habisan ... Sebab. apabila saya sampai saja di rumah, hp saya akan sentiasa dikawal. Internet? jgn sekali nak main dalam rumah melainkan tempat kerja boleh . jumpa memang sekali sekala la ..

s
ejak saya berjumpa dia, saya sedar dia adalah lelaki paling penyabar dalam dunia.


bersabar dengan saya, bersabar dengan keluarga saya.



Saya juga manusia biasa....sejak kenal dengan saya had untuk keluar bersama bagaikan direkod , bagaikan di update ... rasa mcm tekanan saje rasa .. mcm x cukup puas ... walaupun kami dah bercinta .. saya selalu pesan nan dia

"yang, kalau dalam masa terdekat ni ada sesiapa yang nak kenal dan ajak kapel dengan yang, sila terima.. 


Jadi, macamana saya nak lupakan dia?

Apa sebab saya nak bencikan dia?

2 mggu selepas aku bercerita dengan mummy aku ... 



"kakak, esok nanti kawan kakak ade kat muar x? suruh dia datang la, mak nak jumpa".


dupdapdupdapdupdap.


mummy  JUMPA??



Saya tanya dia, "mummy cakap apa?"


"Mummy pesan, jaga sayang baik-baik  macam saya jaga diri sendiri".

"cinta jgn lama2 , kalau boleh kahwin la cepat2 cari duit lebih kan"x lama lepas tu pihak lelaki hantar merisik ......



Dan lepas mereka berjumpa hari tu, terus lah mummy terima dia dalam hidup saya.  ^_^ Nampak langit sudah semakin cerah. wahhh giteww kan.

^___________^

sepanjang saya bercinta , perkenalan . barulah merasa cinta yang tidak dikawal sangat. Ya Allah, jauh berbeza. Jauh berbezaaaa dengan zaman dulu. Haha.Nak keluar dating kena tipu cakap outing dengan kawan. >_<


Terima kasih mummy dan abah .

Dulu mummy bagi sedikit halangan dalam percintaan kami, sebenarnya ia sebagai persediaan untuk kami berdua lebih kuat, dan kerana halangan tu la kami berdua lebih menghargai hubungan suci yang direstui ni sekarang.


Mungkin, kalau cerita cinta kami adalah sangat simple, ia mcm tak ada apa-apa makna sangat.
Kalau cerita cinta kami sangat simple, mungkin saya tak tahu tahap kesetiaan dan kesabaran dia macamana.
Mumy mengawal saya berjumpa  dengan dia dulu mungkin kerana mummy takut saya terjadi perkara x diingini ... Tetapi alhamdulillah rupanya dia adalah yang terbaik dalam hidup saya....Dan saya selalu terfikir, kalau saya mati dan hidup semula pun, saya pasti tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki yang terlalu cintakan saya seperti suami. Terlalu penyabar dan terlalu kelakar orangnya. Lelaki paling takde sifat ego dalam diri.
^_^


Terima kasih suami...kerana begitu sabar sepanjang percintaan kite . Terima kasih sebab bertahan dengan pelbagai cubaan. Terima kasih menjadi bestfriend kita yang paling setia. Terima kasih menjadi yang terindah dalam hidup kita. Terima kasih kerana sentiasa buat kita ketawa walaupun pada masa itu kamu juga menangis di dalam hati. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi. Terima kasih kerana menjadikan kita gadis yang sempurna (gadis okayy, gadis).  Terima kasih kerana masih berada di situ dan tetap disitu saat susah dan senang. Terima kasih kerana menerima kekurangan diri kita. Terima kasih kerana tidak berubah hati dan berpaling pergi. Terima kasih kerana bersungguh-sungguh mendapatkan kita. Terima kasih kerana menjadikan kita lebih baik dari kita yang dulu. Terima kasih kerana sayang kita lebih dari segalanya. Terima kasih suami. ^_^



Paling utama, terima kasih Allah, kerana mengaturkan satu perjalanan kisah cinta kami yang sangat bermakna. Percaya, kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sabar dalam menghadapi dugaan sangat penting. Percaya, Allah jadikan sesuatu kejadian itu kerana mempunyai sebab. Dengan apa yang kami lalui, saya boleh nampak kesungguhan suami demi mendapatkan restu mak dan keluarga saya. Bukan dengan cara paksaan, bukan dengan cara kurang hajar, bukan dengan cara kahwin lari. Tetapi dengan cara yang lebih beretika.



Jadi sekarang, bagi membalas balik kebaikan suami dari dulu sampai sekarang sampai bila-bila, adalah dengan cinta saya yang tidak berbelah bagi. Auwww.

Sekarang, Setiap malam sebelum tidur pasti saya akan cakap begini kat dia

"yang..jumpa esok tengahari ye. Tak sabar nak esok."

sebab memang betul. Saya rasa tidak sabar nak esok hari, sebab nak jumpa dia lagi. Dulu cakap dalam telepon je. Sekarang cakap depan-depan. Uols pon ye. Jangan beriye waktu bercinta je, lepas tu dah kawen buat-buat ego pulaks.hehhhehe...
Lagipon, saya takut. Bila dah tidur, sekali tak bangun-bangun. :') Nanti tak dapat jumpa suami lagi. :'(
Ada beberapa rakan yang bertanya, "macamana kau tahu dia adalah jodoh kau?"


Saya tidak pernah tahu dia adalah jodoh saya. Saya tak pernah terfikir sekarang ni, lepas bangun dari tidur akan tengok muka dia dulu si sebelah saya. Saya tak berangan pun saya akan menjadi isteri dia. Jodoh itu sentiasa menjadi rahsia Allah. Sama juga dengan kematian. Takde siapa tahu bila akan dicabut nyawanya. Sebab tu, orang yang sehari sebelum bernikah pun perlu ingat, belum tentu lagi mereka akan berkahwin kalau bukan jodoh sesama mereka. Sebab tu bila ada kes, pengantin tak datang waktu nikah orang akan cakap "ohhhh bukan jodoh die la tu".. see? Nampak kan....takde sesiapa pun tahu. Orang dah bertunang pun sama, belum tentu kamu bertunang dengan A, kamu akan berkahwin dengan A. Kalau jodoh kamu dengan B, sehari jumpa pun boleh terus berkahwin. Jadi, kita sebagai manusia yang senantiasa perlu bergantung kepada Allah, mintakla doa dan petunjuk dari Dia sebanyak yang mungkin. Berdoa supaya mendapat jodoh yang terbaik tak kira siapa pun dia. Dan redha dengan apa jua yang telah Allah aturkan.

paling penting, redha. Kalau dia jodoh kamu, terima dengan tenang. Kalau dia bukan jodoh kamu, juga terima dengan tenang. InsyaAllah, Allah sedang merancang sesuatu dalam hidup kamu.
ps: waktu beberapa minit sebelum diijabkabulkan lagi saya sudah menangis. Lepas dia dah lafaz akad lagi lah saya nangis macam nak basah satu muka.Haha. Teringat kembali dulu betapa tak yakinnya saya akan menjadi isteri shahnizam abdullah a, tapi rupanya memang dia adalah jodoh saya, Semoga dia tetap menjadi suami saya di dunia dan di akhirat sana. Amin. Terima kasih Allah.





ssekiann !!!

0 000 orang doakan erin pregnant: