final : kisah percintaan kami


selama menyambung entry ... maaf kalau letih membaca ...



So selepas kami declare sebagai kapel pada  12 Februari 2012, hati berbunga-bunga setiap saat. ^_^

Tapi saya mengambil langkah berjaga-jaga. Kali ini saya tidak "beriya" terhadap dia, bimbang tidak dihargai macam pengalaman dulu. Pengalaman ke? Pergi interview nanti boleh gunakan pengalamn ini dan tulis dalam borang? TAKKK BOLEHH NAAAAA.

Jadi sepanjang bercinta, kenal hati budi masing-masing.
Dalam pada berkenal-kenal, banyaknya pengajaran. Menjaga diri, menjaga hati, menjaga pelajaran, mengambil hati dll. Mula kenal perbezaan dia dan saya. Banyak. banyak sangat tapi mula juga untuk belajar menyukai apa yang dia suka dan dia juga belajar untuk menyukai apa yang saya suka.
Paling tak sangka, orang kecil macam dia sebenarnya adalah mempunyai hati yang besar (bukan besar hati), tetapi bila weols bercerita tentang sesuatu dari hati ke hati, kalau dia sedih, dia akan menangis depan saya. Aku ? 20 kali ganda menangis sama-sama pada masa itu.

Beberapa bulan lepas kapel, bercinta , berkenalan semua .. dia suke melihat saya pakai tudung Lepas dah pakai tudung, of course la baju pun sopan-sopan kan.
Masuk tahun pertama bercinta, kami bercadang untuk mula kenal family masing-masing. Alhamdulillah, family dia sangatlah baik. Pertama kali berjumpa mak ayah dia, saya masih lagi malu2 kucing . tapi alhamdulillah pada masa tu saya tidak pula dihalau keluar rumah haha. tapi mereka tetap layan saya dengan baik. Adik beradik dia juga terus jadi adik beradik saya dan rapat terus alhamdulillah sampaila skrg.

Sekarang, tiba pula giliran saya kenalkan dia kepada family saya.

Baru saya bercerita 30 ayat, terus mak saya ajak jumpa . mummy x pernah menghalang anak dia jika perkara benar tapi yang penting sesi mengenal family memang wajib ade dlm adat resam melayu ... jika mummy menghalang kisah cinta kami tapi harus bg alasan yang kukuh insyaAllah pada waktu itu juga saya boleh tinggalkan teman lelaki saya tu. tapi ALHAMDULILLAH ..


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 

had2 tu mesti ade ... mesti ade rasa terkawal tu ... WAJIB :(



Nahhhh bermulalah episod memori cinta luka. Setiap kali aku balik kerja , saya dan dia akan berpesan habis-habisan ... Sebab. apabila saya sampai saja di rumah, hp saya akan sentiasa dikawal. Internet? jgn sekali nak main dalam rumah melainkan tempat kerja boleh . jumpa memang sekali sekala la ..

s
ejak saya berjumpa dia, saya sedar dia adalah lelaki paling penyabar dalam dunia.


bersabar dengan saya, bersabar dengan keluarga saya.



Saya juga manusia biasa....sejak kenal dengan saya had untuk keluar bersama bagaikan direkod , bagaikan di update ... rasa mcm tekanan saje rasa .. mcm x cukup puas ... walaupun kami dah bercinta .. saya selalu pesan nan dia

"yang, kalau dalam masa terdekat ni ada sesiapa yang nak kenal dan ajak kapel dengan yang, sila terima.. 


Jadi, macamana saya nak lupakan dia?

Apa sebab saya nak bencikan dia?

2 mggu selepas aku bercerita dengan mummy aku ... 



"kakak, esok nanti kawan kakak ade kat muar x? suruh dia datang la, mak nak jumpa".


dupdapdupdapdupdap.


mummy  JUMPA??



Saya tanya dia, "mummy cakap apa?"


"Mummy pesan, jaga sayang baik-baik  macam saya jaga diri sendiri".

"cinta jgn lama2 , kalau boleh kahwin la cepat2 cari duit lebih kan"x lama lepas tu pihak lelaki hantar merisik ......



Dan lepas mereka berjumpa hari tu, terus lah mummy terima dia dalam hidup saya.  ^_^ Nampak langit sudah semakin cerah. wahhh giteww kan.

^___________^

sepanjang saya bercinta , perkenalan . barulah merasa cinta yang tidak dikawal sangat. Ya Allah, jauh berbeza. Jauh berbezaaaa dengan zaman dulu. Haha.Nak keluar dating kena tipu cakap outing dengan kawan. >_<


Terima kasih mummy dan abah .

Dulu mummy bagi sedikit halangan dalam percintaan kami, sebenarnya ia sebagai persediaan untuk kami berdua lebih kuat, dan kerana halangan tu la kami berdua lebih menghargai hubungan suci yang direstui ni sekarang.


Mungkin, kalau cerita cinta kami adalah sangat simple, ia mcm tak ada apa-apa makna sangat.
Kalau cerita cinta kami sangat simple, mungkin saya tak tahu tahap kesetiaan dan kesabaran dia macamana.
Mumy mengawal saya berjumpa  dengan dia dulu mungkin kerana mummy takut saya terjadi perkara x diingini ... Tetapi alhamdulillah rupanya dia adalah yang terbaik dalam hidup saya....Dan saya selalu terfikir, kalau saya mati dan hidup semula pun, saya pasti tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki yang terlalu cintakan saya seperti suami. Terlalu penyabar dan terlalu kelakar orangnya. Lelaki paling takde sifat ego dalam diri.
^_^


Terima kasih suami...kerana begitu sabar sepanjang percintaan kite . Terima kasih sebab bertahan dengan pelbagai cubaan. Terima kasih menjadi bestfriend kita yang paling setia. Terima kasih menjadi yang terindah dalam hidup kita. Terima kasih kerana sentiasa buat kita ketawa walaupun pada masa itu kamu juga menangis di dalam hati. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi. Terima kasih kerana menjadikan kita gadis yang sempurna (gadis okayy, gadis).  Terima kasih kerana masih berada di situ dan tetap disitu saat susah dan senang. Terima kasih kerana menerima kekurangan diri kita. Terima kasih kerana tidak berubah hati dan berpaling pergi. Terima kasih kerana bersungguh-sungguh mendapatkan kita. Terima kasih kerana menjadikan kita lebih baik dari kita yang dulu. Terima kasih kerana sayang kita lebih dari segalanya. Terima kasih suami. ^_^



Paling utama, terima kasih Allah, kerana mengaturkan satu perjalanan kisah cinta kami yang sangat bermakna. Percaya, kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sabar dalam menghadapi dugaan sangat penting. Percaya, Allah jadikan sesuatu kejadian itu kerana mempunyai sebab. Dengan apa yang kami lalui, saya boleh nampak kesungguhan suami demi mendapatkan restu mak dan keluarga saya. Bukan dengan cara paksaan, bukan dengan cara kurang hajar, bukan dengan cara kahwin lari. Tetapi dengan cara yang lebih beretika.



Jadi sekarang, bagi membalas balik kebaikan suami dari dulu sampai sekarang sampai bila-bila, adalah dengan cinta saya yang tidak berbelah bagi. Auwww.

Sekarang, Setiap malam sebelum tidur pasti saya akan cakap begini kat dia

"yang..jumpa esok tengahari ye. Tak sabar nak esok."

sebab memang betul. Saya rasa tidak sabar nak esok hari, sebab nak jumpa dia lagi. Dulu cakap dalam telepon je. Sekarang cakap depan-depan. Uols pon ye. Jangan beriye waktu bercinta je, lepas tu dah kawen buat-buat ego pulaks.hehhhehe...
Lagipon, saya takut. Bila dah tidur, sekali tak bangun-bangun. :') Nanti tak dapat jumpa suami lagi. :'(
Ada beberapa rakan yang bertanya, "macamana kau tahu dia adalah jodoh kau?"


Saya tidak pernah tahu dia adalah jodoh saya. Saya tak pernah terfikir sekarang ni, lepas bangun dari tidur akan tengok muka dia dulu si sebelah saya. Saya tak berangan pun saya akan menjadi isteri dia. Jodoh itu sentiasa menjadi rahsia Allah. Sama juga dengan kematian. Takde siapa tahu bila akan dicabut nyawanya. Sebab tu, orang yang sehari sebelum bernikah pun perlu ingat, belum tentu lagi mereka akan berkahwin kalau bukan jodoh sesama mereka. Sebab tu bila ada kes, pengantin tak datang waktu nikah orang akan cakap "ohhhh bukan jodoh die la tu".. see? Nampak kan....takde sesiapa pun tahu. Orang dah bertunang pun sama, belum tentu kamu bertunang dengan A, kamu akan berkahwin dengan A. Kalau jodoh kamu dengan B, sehari jumpa pun boleh terus berkahwin. Jadi, kita sebagai manusia yang senantiasa perlu bergantung kepada Allah, mintakla doa dan petunjuk dari Dia sebanyak yang mungkin. Berdoa supaya mendapat jodoh yang terbaik tak kira siapa pun dia. Dan redha dengan apa jua yang telah Allah aturkan.

paling penting, redha. Kalau dia jodoh kamu, terima dengan tenang. Kalau dia bukan jodoh kamu, juga terima dengan tenang. InsyaAllah, Allah sedang merancang sesuatu dalam hidup kamu.
ps: waktu beberapa minit sebelum diijabkabulkan lagi saya sudah menangis. Lepas dia dah lafaz akad lagi lah saya nangis macam nak basah satu muka.Haha. Teringat kembali dulu betapa tak yakinnya saya akan menjadi isteri shahnizam abdullah a, tapi rupanya memang dia adalah jodoh saya, Semoga dia tetap menjadi suami saya di dunia dan di akhirat sana. Amin. Terima kasih Allah.





ssekiann !!!

review 6 : DJ , ENTERTAIMENT , KOMPANG DLL



hai morning
cakkk cak cakk ^_^ wah pagi2 dah gegar orang ek .. lama kan x update tentang review wedding erin . ohhoh masa xde idea kurang mcm tu la gamaknya .. tgn dok taip2 huruf tetap jugak pergi ke exit .. huhh byk dikepam n diperap kan draft je hoho...
dok melawat blog orang pastu blog sendiri terbengkalai.. kahkahkah.. tu biasa lettew kan.. korang pon kan.. ai busy u olls.. sampai terlupa kepada janjimanisku sendiri yang ditabur kepada anda-anda di fb dan instag.. kat sini i'll review katanyeww.. sekali lupa sudah..


















zapin n pengiring pengantin yayasan warisan johor
silat muar
kompang seramai 50 orang .. 25 orang time sanding 25 orang lg time dinner
semua peserta dari lenga , bukit pasir , sungai terap ... gabung2


dahhh bai2 :)

simple entry geram sebenarnye ni



mummy sayangggg awakkkkkkkkkkk !!!!












dah anak dara dah anak mummy yer...

jaga budi pekerti , jaga maruah sebagai perempuan ye nakk 

jangan gedik2 ye nak ...

jangan buat mummy n daddy malu k sayang .... 

tuh haa tok daddy  dah beli pasir n makan sedap2 , g berak baek2 yer nak..

makan2 tu banyak2 sikit ...

=)

p/s : nini moody...maybe sbb rindukan mommy n daddy dia yang dah lama x duuduk rumah 




miss u 

till then 

♥♥♥ oh !! sUamIKU ♥♥♥





Kita orang asyik repeat the same words,

" Kita dah kahwin "
" Kita dah jadi suami isteri "
" kita dah halal la "

Senyum.

^_^



Alhamdulillah, suami aku tahu ape itu tangungjawab suami ..
&
aku juga melaksanakan sebaik mungkin sebagai seorang isteri ..


kalau g jalan-jalam mesti ade tercicir satu bnda .. paling kerap
ialahhh :-


" Berus gigi bie mana yunk ? "
"alamak syg lupe la bie"
Kami mula la  berkongsi berus gigi.
No, takde perasaan geli geleman ke apa.
Semuanya kerana sayang,cinta !

Pagi hari, 
kalau suami mandi dulu dia kemas katil  .
kalau saya mandi dulu saya la yang mengemas kemudiannye
Tanpa aku keluar suara mintak suami tolong, suami dengan ringan tangan membantu.
Alhamdulillah, moga begini sehingga ke-akhirnya.
Hihihi.

Selepas 7 bulan setengah 
menjalani kehidupan rumahtangga, dapat aku simpulkan bahawasanya,

Kita mesti ada sikap tolong-menolong di antara suami isteri.
Kita mesti ada sikap memahami di antara suami isteri.
Kita mesti berkongsi dalam semua hal.
Kita isteri, layan sehabis baik suami kita, walau kite penat macam mana pun.
Kalau suami nak air, cepat-cepat buatkan air.
Jangan kata, nanti i buat, kejap lagi lah I buat.
Ingat, setiap langkah untuk suami, kita diberikan pahala.


InshaAllah.


Terlalu banyak untuk belajar dan memahami.

breakfast ala barat @MCD MC



dari dalam kereta lagi en. ning dah ngajak makan mcd katanya 
terliur nak makan pancake .. 
start dye kecur masa tengok master chef ...
ayoo mempengaruhi kuat la masterchef ni 




Serius sangat sedap sebab masa dihidangkan memang tengah panas. Hotcakes ini ala-ala waffles. So, memang sedap dimakan masa tengah panas. Then dia letak madu atas hotcakes itu. Memang lagi sedap la. Bila masuk mulut, perghh!! Lembut & sangat menyelerakan. Then air boleh pilih either coffee or tea.
 saya suke prefer tea. 


 selera bukan men besawww lagi huh.
sekali baru je makan hash brown..kepala aku dh mula rasa pening
berfikir cmne nk abiskan sume tuh..
wekk..
kenyang giler..


eh2..td cakap kenyang giler..
tapi licciiinnnnnn jerk..
haha

cume roti atas bawah je kkekeke


seharian bersama tersayang



semalam iaitu hari ahad sememangnye hari berjimba2 dengan tersayang ... not my hubby but my besty ( fieka anum ) ..
ohhohoho selepas hampir bosan dengan seharian tanpa aktiviti, waktu nie jugak , fieka ditalipon oleh aku  malam semalam dengan rancangan dalam kepala otak nak suruh bawa ke sogo . jyeah! tepat pukul 10pagi aku tibe di TBS ..



masa ni nervous campur pe dah .. aku naik train ke putrajaya .. orang tu kata platform 2 .. tapi xde lmbang platform 2 .. ayoo bongek tahap ayam tercekik angsa la ... brrppp ... wassap2 fieka aku katne ni ... mana satu area aku ahahha... baru la aku tanya org lega2 .. nak harap fieka dye nye train pun stuck kat PORT KLANG .. heeee masa tu mcm nak nangis bile g negeri org naik train ahhaha





bila dengar saja kami nak ke sogo, hati aku berbunga mekar umpama bunga ros yang aku rembat kat rumah jiran pakcik aku tanpa kebenaran........ 

oh. sambung balik. sambil bersiap siap, aku dah sediakan sedikit list barang barang yang aku nak beli

  • M.A.C 
  • BRUSH MAKEUP
  • FOUNDATION
  • POWDER
  • M.A.C MINERALIZE VIT C

SEJURUS je dapat beli semua ni hati aku berbunga lagi sekali .. sekali  je aku jejak sogo sebelum ni belum pernah .. punye simpan gaji aku semata2 nak beli barang makeup kesayangan hati ... huhu ... suami kata muke aku sesuai pakai produk ni .. hohoho mahu x muke bile dimakeup sekata nye nice sangat ... 


then aku take tren untuk ke imbi pulak rushing to TIMES SQUARE ... oh men sesat manjang naik tren pusing nye macam tawaf safa maruah .. memang sengaja tau fieka xnak bagi akubalik awal .. grrr ... pdan muke kaki krem sndiri hahaha ... nasib pakai kasut flat ..









selesai je sudah balik melaka semula .. cukup la jalan satu hari .. itu pun letih nye oohho ... btw happy birthday my dearest friend :) miss u much much barter finger la yunk 


layan la muke kami yang x semerah

jom shooppinggg


Ada sesiapa tak di sini yang berminat nak beli Baju Moden . Memang cantik . Baju baju ni semua ada dijual di Knitty.my by Hera Helmi . Kalau ada yang tanya pasal materialnya , memanglah high quality dan lace . 

sebelum kehabisan stock, sebab terlalu sangat panas jualannya, apa kata, korang cepat cepat beli baju baju  ni. baru berapa hari keluar, dah berderet deret orang order. tak kan nak tunggu geget jari kot 

aku dah tengok sendiri semua collection yang tersusun hebat di Boutique Knitty.my  material yang sangat berkualiti, korang akan berpuas hati. harga??? jauh lebih murah dari apa yang korang sangka.

kena selalu check website Knitty.my by Hera Helmi Sebab ??? dia sentiasa hupdate design2 mereka , design??? sungguh style la jgn ckp la . 

jom shopping!

Cuba korang tengok salah dua contoh kain LACE dari HH Collection ni :









 THIS MY FEVERET COLUR .. aku xtahu nape aku suke ni .. kalau aku kurus dah lma aku pakai .. 
insya ALLAH ..... tggu SLIMMM 

Owner Name      : Hera Helmi
Contact Number : 017-3444882
Website              : www.knitty.my
Description          : Collection of lace attached with ribbons/buttons..Dress/Tops/Skirts/Handbag from lace material..All dress is free size.
                    All dress is modest yet elegant..
                    Price is from RM79-RM99 only !! 
                    Provide sponsorship for Runway Fashion Show,

Magazine Photoshoot,TVC. Do contact us for sponsorship's term and condition.
                    Promotion : Buy 3 pieces and above entitled for FREE SHIPPING..