AZAM 2014



salam semua .. lama jugak x post kat laman sesawang nie ...
ape azam korang tahun depan bile menjelang 2014 ?? ... 
azam aku Taknak mintak jet pejuang , Ferarri , Rumah besar , kereta besar...

AZAM AKU TAHUN 2014

aku nak berhijab sepenuhnya ... penghijrahan sepenuhnya ..insyaALLAH ... 
tibe2 hati aku n suami aku terdetik untuk berhijrah ... berhijrah menutup aurat seperti yg diperintahkan oleh ALLAH S.W.T . insyaALLAH 
aku akan cuba hindarkan coretan yg boleh mengguris hati dan seboleh mungkin mengelakkan konflik. Peluang dan ruang yang ada ini, kita abadikan untuk mengekalkan keakraban kita. Sukar untuk bertukar pendapat dengan beribu sahabat sekali gus pada satu masa tetapi ini boleh dilakukan di sini secara percuma. 
Azam aku di tahun baru ini, aku ingin berhijrah kepada mencari rezeki untuk dikongsi. Banyak yang aku ingin lakukan. aku ingin pulangkan dan kongsikan rezeki yang Allah pinjamkan kepada aku . 

aku inginkan keberkatan kehidupan aku dipenuhi dengan ilmu agama .. semoga ia kesempatan untuk kami.
Menjelang usia 24 tahun kini, tiada yang lebih mengindahkan aku kini kecuali dapat mengukir senyuman kepada yang sudah lama tidak tersenyum. Doakan kesihatan erin agar dapat bergerak untuk tujuan ini. kebanggan  bukan penanda pencapaian tetapi kepuasan membantu dengan kelebihan adalah lebih terasa kemanisannya. aku ikhlas untuk berhijrah .. doakan saya n suami ye kawan2 ... saya harap penghijrahan saya nanti dikberkati .. amin ...



Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki 


1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.  


Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? 

Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat.
Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. 

Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. 

Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.


2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki. 

 
Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna.
Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.


3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka. 

 
Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. 


Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. 

Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. 

Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.


4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana. 

 
Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju?

Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat.

Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah.

Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata.

Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.


5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.  


Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok.

Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!)

Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata.

Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.


***************************


Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain.

Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami?

Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.

Wallahualam 

luahan hati orang berTTC



Kali ini saya ingin story berkaitan dengan emosi yang dialami oleh kami suami isteri.  Saya memang sensitif pasal anak. Pada usia yang sudah bakal2 cecah 30an  lebih ini dan usia perkahwinan yang akan menginjak ke tahun kedua , saya mmg sangat sensitif bila bicara pasal anak dan zuriat.  Saya memang ingin memiliki zuriat sendiri. siapa pun akan ingin kan .. sememangnya aku dh redha .. sejak 2 bln nie ramai yg silent tapi sejak ak buat lapskopi makin mnjdik2 la mulut org berkata2 ...

sejak buat lapskopi aku,allah mndgr doaku berjaya menjadikan period aku teratur mcm zaman bujang2 .. Pada cycle 2 ini, saya banyak menangis. Tidak semena-mena saya mengalirkan air mata. Tgh drive saya menangis, dalam solat saya menangis, selepas solat sy menangis, bila duduk sorang2 saya menangis. Boleh dikatakan setiap masa sy menangis.sedang menaip pun boleh menitis. Saya sgt sedih bukan kerana tidak boleh menerima ketentuan Allah tetapi...(susah saya nak terangkan dgn kata2). bsampai encik suami dh xmampu nak melayan aku .. kesian dia tgk aku ... 

Tetapi dalam saya tidak sedar, suami saya juga terlalu sensitif pasal zuriat sampai satu tahap dia pernah bergaduh dgn org .aku ingat kata2 dia kalau ade org jual anak dekat GIANT dh lama aku beli ...dh marah no la tu :(  

kejadian 1

pada suatu hari tu .. aku tengok album sorang perempuan nie .. 
perempuan tu umur dia lebih tua skit dri aku dlm 30an
tanya dia akak kawen umur berapa .. dia ckp laki dia 21 tahun dia dlm bls jugak kod ..
dapat anak first laki dia umur 23 ... oke aku pun layankan jer ..

yang tahap aku x leh tahan tu dia ckp " akak kosong 8bulan jer .. 8bulan jer "

motif sampai aku pun xtahu .. kenapa nak ckp ulang2 .. kalau ko hebat baik ko bunting pelamin ..
itu baru betul kalau nk ckp besar ... aku boleh terima lagi ...

pandai pulak dia xnak cakap dia tggu anak yang kedua 8 ke 9 tahun aku xpasti antara dua tu ..
malu ke ?? segan ker ?? takut kene ejek ker ??

pikir sikit perasaan orang ...


kejadian 2

sorang rakan kerja lelaki tegur aku ....
kenapa ko nan laki ko gaduh ker ..
aku mmg xlah nak pandang muke lelaki yg tanya aku tu ..sebab aku dh tahu mulut agak lancang sikit ..
aku just jawab bile pulak aku gaduh nan laki aku ... xpernah aku gaduh kat tmpt kerja ...

then laki tu sambung balik ..
hahhaha yela tu ko ... aku rasa laki ko dh bengang nan ko kod ... 
sape suruh ko x de anak ... org suruh ade anak taknak !!

rasakan ko ... padan muke ko ... 

aku pun ERKKK ?????
kenapa laki tu ckp smpai mcm tu sekali dia x pikir ke perasaan aku ..
xpikir ke perasaan org akan anggap ko ape nnti...
aku tahu ko bini dah 3 ... anak setiap bini ade ..ape lagi ko xckup .. kerja kalau 10k sebulan xpe ..nie sebulan pun 2k jer ... phuiii

aku bersyukur laki aku masih sayang n hargai pengorbanan kami tanpa mengeluh sedikit pun ..



TTC part 3 : rawatan laporoscopy part 2




Sambungan dari sebelum ini..

Lepas dah discharge aku terus balik umah parents kat muar..doc kasi mc 2 minggu. Sepanjang tempoh bercuti tu aku kena la pantang macam orang bersalin tu haa. Kena makan ikan haruan dan minum air pati ikan haruan tu hari-hari, sungguh tak sedap dan sangat hanyir! errrghh disebabkan nak baik ku telan juaaa.


Hari ke 8 lepas operation aku kena gi hospital untuk bukak tengok keadaan perut , alhamdulillah kesemua tempat jahit dah kering . Cuma dekat pusat jer belum betol-betol baik dan makan masa gak nak kering. Lebih kurang sebulan gak la baru pusat tu nak ok.masa jumpa doc plak, dia explain kat aku pasal keputusan operation..alhamdulillah semua ok normal dan takder tanda-tanda yang mencurigakan lagi . masa dalm cd tu dr ckp ade cyst tp kecik je ... then dr dh pecahkan n dah buang ...kecikkkkkk sgt ..bnda nk jd ..tp alhamdullilah dh settle ...

Aku harap sangat lepas ni semuanya ok..kesihatan aku semakin bagus. Segala menda-menda yang mengacau aku tu harap-harap dah takde la lepas ni. So memang besar la harapan aku agar dapat dikurniakan zuriat. Amin.......


To en ning ..thanx for everything, thanx for being a very good husband, luv u so much!

TTC Part 2 : rawatan laporoscopy



hari berganti hari ...hari ni hari ke 5 aku berpantang n cuti rehat dirumah ,... pada mulanya aku xnak share pengalaman aku nie sebab ini adalah mengait dalaman aku kan ... tapi aku dapat sokongan dari suami untuk kongsi masalah sesama kawan yang lain .... xkemana nye kalau kedekut ilmu yang telah kite lalui ...

Sebelum aku wat operation tu, doc dah wat pemeriksaan macam pap smear,HSG ,BLOOD TEST and so on, dan amik cell dalam ovari aku sebab masa wat hsg tu doc macam tak puas hati sangat sebab tahu kan ynag aku ade cerite entri lepas..suami pun kena buat sperm test. Alhamdulillah semua nya ok normal, memang kami sangat-sangat lega bila doc bagi tau result test smua tu.

Untuk next appointment doc dah bagi tarikh untuk wat laparoscopy operation tu. Aku n suami memang takder masalah memang klau leh nak cepat bersihkan left tube tu so kami proceed saja. Memang sakit sangat-sangat bila aku period, aku sangka kan premenstrual syndrome biasa jer.

So october sabtu pukul 10 pagi aku dah kena admit untuk wat bersihkan usus bagi kite berry2 ...memang keadaan aku masa tu x boleh nak bayangkan ..first time aku duduk hospital untuk buat operation lapo nie ...tepat jam 2 petang aku salin baju OT andmasa nurse tolak aku untuk masuk kedalam bilik OT suami sentiasa ade disamping aku ...Aku cuba taknak pandang muka dia sebab nanti confirm aku nangis, tapi tak sampai hati so aku pandang jugak sambil tarik nafas dalam-dalam nak tahan air mata..konon nak tunjuk cool la tapi masa tu macam-macam rasa ada tau..tapi aku redha jer. masuk je dlm bilik OT hubby kena tggu luar ..asyik tengok je aku ..ya allah xsanggup dah nk pndang muke dia yg serbe risau tu ... 

doctor ade buat penerangan masa dlm bilik OT tu yang awak akan dibius n akan pengsan dan ditebuk 3 lubang ye ..so aku pun oke2 je la ...kaki tgn dah menggigil ya amat ..mulut x berhenti baca ayat suci je ... dah la bilik OT sejuk giler2 ...

aku masuk dalam bilik OT bukan terus buat kena tggu dekat ruang menunggu ...kiri kanan aku org nak bersalin operation .. so utamakan org bersalin dahulu kan ... pukul 4 petang aku mula buat laps ..Bila dah tibe giliran aku kat dalam OT doc pakar bius datang bagi ubat tido dan buat apa yang patut. Aku memang bius satu badan so memang tak sedar apa la masa dorang buat operation tu. Yang aku tahu dorang wat 3 prosedur tebuk perut aku  Aku sedar dalam pukul 7.45pm tau-tau jer semua dah settle dan perut rasa sakit sebab ubat bius dah mula habis. Bayangkan la berapa jam aku dalam OT tu almost 6hours. Kesian EN .HUBBY and family yang tunggu kat luar, masing-masing risaukan keadaan aku. Bila kuar jer dari OT tu nampak la muka Mr.Hubby and family..masa tu memang sebak sangat! dalam keadaan yang masih ting tong tu aku bersyukur sangat sebab family aku sentiasa ada disisi aku walau apa jua keadaan pun. 

Masa family nak balik tu memang air mata aku ni dah mula la bergenang kat kelopak mata, dorang pesan macam-macam so memang confirm la aku nangis! en hubby temankan aku sampai malam..dia tenguk keADAAN aku yang lemah..dicium dipeluk aku anddddd ......................
he said..he love me so much walau apa pun terjadi dia tetap sayang aku..anggap ini dugaan dan ujian dari allah untuk kite ... sampai sekarang aku masih ingat lagi apa yang dia cakap. Aku memang tak boleh tahan air mata ni dah macam hujan lebat ribut petir tau. 

Malam lepas operation tu nurse memang kerap datang check kondisi aku, dorang tanya aku dah start buang air ke belum,  dah kentut ker, ada muntah tak. Tengah malam tu aku dah boleh berjalan ke toilet, walaupun memang sakit sangat bila nak bangun. Keadaan aku memang  muntah2 ..kata MIL aku muntah ubat bius tu .. tak pening cuma kerap nak buang air jer la. mana x nye dah 4 botol air aku cucuk ...sebab kena puasa lg kan ... So 2 hari  nyer aku dah leh discharge..sebelum balik doc datang untuk check kondisi aku and explain bla bla bla ....


isnin nie 28hb buat checkup lg and dr nak terangkan ape puncanye melalui cd yang dirakamkan melalui camera yang dimasukn dlm pusat tu ....

bersambungg .........

TTC part 1~ fertility treatment @private hospital



hampir 2 tahun sudah perkhahwinan aku n en ning ... bermacam2 tohmahan n pertanyaan dah aku lalui ...
pada satu tahap aku sendiri teringin nak buat checkup ape problem smpai mcm nie ...
 saya terus decide nak buat fertility treatment...
Ajak husband pegi satu hospital private ni dekat hospital mahkota  melaka.
Decide nak pegi situ pun sebab ramai member2 ada bagitau yang ada berjaya lepas buat treatment dekat sana ..ala biasa la bile dh tahu masalah kite boleh hati2 n jaga2 kan ...
so saya pun decide nak buat treatment dekat situ...husband pun setuju je..

memang kena pujuk jugak la husband ..asalnye nak gune naturally punye tapi aku teringin nak buat ..so on 

Firstly saya call hospital tu tanya kena buat appointment ke, tp dia just cakap boleh walk in je.

dia cakap tggu hari ke 5 - hari ke 9 lepas period .. pastikan betul2 kering period ....
so lepas je aku period aku mula la call klinik yang aku dh bersih dri segala kekotoran ..cheewah ...
then esoknya aku pergilah ... hari khamis 17/10/2013

Then dia suruh tunggu and tak lama sgt lepas tu, datang la sorang ladies consultant ni bawak kitorang masuk bilikdooctor ...doc kami doc lelaki  and tanya soalan2 macam berapa lama kahwin, bila first period, period regular tak,period sakit x , ade keputihan x .. lepas tu, kalau at least 3 hari tak bersama dgn husband, husband boleh terus buat sperm analysis.Sperm test tu kos dia dalam RM100 xsilap ..
Next step , aku gerak jam 11.30 am  .. terus masuk bilik doc yg aku ckp td la .. bermula la sesi TVS iaitu vagina scan la ... melihat PCOS OR CYST ke semua la ... doc selok2 melalui alat dia tu .. ALHAMDULILLAH doc ckp dalaman awak punye isteri sgt2 cntik ...  cyst or fibroid or pcos semua clean xde ... keadaan rahim aku kedepan n tggi n lebar normal ... ovari aku juga oke ..bilangan telur yang memadai ... rasa happy lak dpt tgk telur2 aku yg comel tu .. :)

second step pada hari yang sama oke .. doctor suggest aku untuk buat Blood test ,Sperm count , HSG ...
so aku pun proceed je la sebab mmg niat nak buat treatment kan ... so assistant doc suruh aku buat bayaran sebanyak Rm 390.00 untuk ketiga-tiga treatment tu .. 

Tepat jam 1.00 pm ...nak ikutkan rehat time masa tu .. tapi assistant tu suruh blood test je .. sebab sekejap je blood test tu ... blood test tu semua untuk check hormon ..ok tup tup selesai sudah semuanya ....result blood test aku ... semua dalam keadaan normal ...ALHAMDULILLAH .... so tahap kesuburan tu tggi n oke la kan ...Lps buat HSG, doktor bagi piltahan sakit.. lepaslunch erin pun mula la buat HSG tu .jantung asyik tanya je nurse doc tu ... sakit x sakit x ... dia cakap bohong kalau saya kata x sakit kan .. so relax je ..
oke aku relax je tibe2 masuk je dlm bilik tu menggigil lutut aku .. Aku takut..huhuhu..Sejuk habis kakitangan . Apabila nama aku dipanggil lagila ketaq2 . Aku masuk dan salin baju dan pembantu x ray tu cakap doktor yang nak buat tu perempuan .Ya Allah. oke la boleh terima tp hakikat  ketaq kecut perot segala. Aduss sakit jugak buat HSG ni..rasa senak macam nak tercirit.Adoii cepatla doktor..aku da tak tahan sakit ni..Dan bila doktor cakap siap..cepat2 aku salin baju dan keluaq.Aku cakap kat en suami lepas ni xnk buat lagi b ... sakit .. kesian suami tgk keadaan aku masa tu ..



dan aku dapat keputusan ..doc ckp x oke ... ha mahu terpanjat beruk aku ..ape yg x oke doctor ,,
tiub sebelah kiri awak blocked ...  ok doc bg chance kat aku untuk buat laparoscopy ..

then buat sperm test semua la..settle ...alhamdulillah oke ..


so saya tengah tggu call dari doctor untuk buat laparoscopy ...yang masuk camera n tebuk 3 lubang .. ya allah ... rasa mcm x caya aku kena masuk bilik bedah nnti ..doakan erin ye kawan2

idea : impiana membantuku



bile nak menjelang ramadhan n raya baru lah nak terhegeh hegeh cari majalah 
IMPIANA la , DECO la .. dan lain2 bagai majalah la ..
pening aku kat kedai tu .. tapi tengok semua decoration orang high class..
kalau impiana nie ade level2 mcm kite yg gaji kecik2 je 
and anada mampu untuk mengubah suaikan ..

bile dah niat nak deco2 nie mula la datang gile royan aku
lagiLar susah kaLau aku tetibe rase macam nak shopping beli barang2 rumah...
tetiber rase nak beLI sarung kusyen baru..
dan  rase nak tukar Langsir baru...konsep side lamp baru..
eerr.... karpet baru...

hahaha... besh kaLau dapat sofa baru....aku suke sofa yang lembut2 nie .. sofa aku tu nampakexecutive sikit la...agak x menyedapkan ... tapi org yg datang semua suke je landing..
paLing teruk tetibe aku bosan tengok kaLer dinding rumah aku..
dan rase nak tukar cat baru..! aku rimas cat yang sedia buruk di rumah sewa aku..
walaupun sewa tapi aku yang duduk hokey .. so kalau balik rumah penat kerja 
rasa nak tenang pilihan baik rumah sendiri ..
kaLau setahun sekaLI pon aku rase dasat..

eeerrkk... kaLau waktu tu ade duit tak per..
tak yah citer banyak.. start enjn terus pikir mana aku nak habiskan duit aku nie 
tapi kaLau takde.. 
diam2 jer la sekadar tenung rumah cantik daLam majalah jer....ngeh2 ngehbeli sikit lama2 rumah pun lengkap kan ...
aku bukan ape bile beli je .. dapatla aku bawak rumah baru aku yang dah beli sejak belum kawen lagi..












impiana buLan JULAI 2013 dengan TRADEMARK EDISI KHAS ramadhan & aidilfitri
aku suke decoration rumah yang sederhana kepada gahh gitu..
walaupun pada harga yang minima ..!! hahaha fluuuu
fenggsannn @_@

 



langsir raya ?? korang tukar x ? 
aku rasa nak tukar la ... aku malas nak jahit2 or upah parent aku jahit
beli dah siap lagi meringan n menjimatkan ...
xpayah pening2... siap beli pasang ...


p/s : korang ade plan x nak beli langsir dekat mana yang murah n cantik ... kemasan pada jahitanye

sape TAK NAK mengandung weih ???



kenapa ramai sangat tanya soalan bodoh nie ..
aku merancang ke ?? dh xde soalan lain korang dok tye merncang je ..

lelebih lagi kawan2 aku yang tau kehidupan aku berkaitan ngan kerja...
yang pikir aku sanggup tak nak beranak cepat sebab kerjaya...


dan jugak sedare2 aku...
xkire warge emas atau rakan mude 
yang tak reti sabor nak tambah koleksi cucu,anak buah and segala bagai...
dok pikir aku ni dah tua..biler lagi nak menagndung n beranak pinak...

n pade makcik2 yang dok pikir macam aku ni tak usaha lebih dan subur gamaknye..
dok bandingkan ngan anak sedare die yang lain kawen saing2 aku..
tapi sekarang tengah tunggu mase nak beranak...

dah kawen nak dekat setahun..
tapi tak buncit2 lagi........aku buncit ape ... cume bncit lemak :P

*grrr

ni aku nak bagitau.....

korang pikir aku gile ke nak planning2 anak 1ST
lain la kalau aku ni baru nak cecah 19 tahun kan..
tak yah beranak cepat2...
relaks2 dulu...
ADE sorang pon jadi lar dulu buat mase ni...


lepas tu ko ingat senang ker nak plan2 ni...
senang ker kalau ko cakap ko nak ngandung..
esok luse ko ngandung...mcm bakery pulak kan..
ko cakap tak nak..so..ko tak akan mengandung...


tapi kalau dah setiap kali pon orang dok tanye..
malas juak aku...
ikut hati nak jer aku jawap
"hurmm dah mampu ke nak sara anak2 aku nnti , nak bagi duit raya lebih ker bile rayer nnti ..
huhhh...." hahahhaha
tapi kang mak bapak aku lak dipersalahkan cakap tak reti nak nganjo aku berbudi bahasa...
so aku hanye ley jawap  " belum ade rezki...."

aku pernah cuba...tapi belum diberikan...
aku bukan nak ngandung n beranak sekali ni jer..
kurang2 pon aku nak 3-4 orang...
kalau lebih aku anggap rezeki...


bukan sebab kerja dan kerjaya...
bukan sebab aku dapat naik pangkat atau ape...
bukan sebab mental aku tak bersedia...


aku CUKUP BERSEDIA !!

aku tak nak amik peduLi ape orang lain kata atau pikir...
asaLkan asben aku paham keadaan sekarang ni..
dah cukup memadai... Bukan korang belai anak aku nanti.. 

aga2 korang nak bizi body la kan ...baik korang carik pahale banyak2 dengan doakan tuk aku...
yang penting doa dari semua aku hanye nak yang baik2 sahaja...
selebihnyer..badan aku sendiri yang 'merasai' dan segalanye aku serah pada ALLAH..


cinta HAti



Agak lama aku tak berkongsi cerita aku dalam blog ni. Haiiihhhh...masalah kemalasan aku yang tak menjamin, sebab tu aku menghilangkan diri sekejap. huhu. Aku rasa, dalam blog aku nih, memang banyak aku pernah cerita pasal kawen kawen je. sekarang aku nak cter kucing kucing pelak Yelaahhh..aku memang pencinta kucing yang tegar. 


Aku nie jenis penggemar kucing yang suka memilih. maksudnya aku nie x suke kucing2 biasa .. kalau dapat kucing kampung atau kucing kampung aku agak takut sikt ... adekalanya sampai kedai makan kan bersepah kucing2 tu aku akn letak kaki atas kusi..aku risau dia lompat ahhaha penakutkan aku nie






Actually dah banyak persian kitorang..belum citer rumah family aku lagi... rumah 3 tingkat mummy aku sediakan untuk kucing kesayangan mereka .. dak adik aka niny nih agak ganster sikit yer.walaupun girl tapi hati mcm boboi ... 
 Bila terkurung dalam rumah tingkat dia tuh, automatic korang akan rasa macam
" alololololololo comellnyee.."
mula la buat muka kesian mintak lepas .. bile lepaskan mcm lipas kudung ..nak kejar susah.
Comel yewww? Dalam sangkar memanglah nampak manja adik niny ni, perwatakan dia macam hipokrit sikit bila duduk dalam sangkar dia. Malu-malu kucing je nampak. Tapi, sekali dia dah keluar dari kepompong dia, terserlah mcm kejantanan.huhu.






Masa baru beli adik niny ni, dia nih dijaga rapi sangat2 oleh petshop tu. adik niny nih senang nak dijaga, sebab masa beli pon, dia memang dah biasa berak dalam pasir khas untuk kucing . Dekat situ, takdelah nak menyusahkan kitorang nak ajar dia berak di tempat yang sepatutnya. Kalau tak, mesti nak berak kat carpet lah, sofa lah, alas kaki lah. Pandai pulak tuh carik tempat yang selesa-selesa. huhu. asal nak terpeot je lari menju ke sangkar dia ...

moment yang paling aku suke .. bile dengar engine kereta aku smpai .. dia akan duduk minta kesian dekat depan sliding door .. alaahhaii anak mummy mcm nak yom2 je dia .. pandai dia ...
mula la aku nak rindu dia ..sebab sejak aku pindah melaka nie mmg xde masa nak jaga dia .. so aku letak dia dekat rumah mummy n dad .. dad rajen layan dia .. :)


aku ingat balik nie nak hantar dia suntikan bulu n vitamin la .. makin lesu aku tengok dia terkurung je dlm rumah family aku .. mum aku takut nak lepaskan dia ..nati dia keluar rumah takut kena langgar dengan bas yang sentiasa lalu lalang di perkarangan rumah aku .. belakang kan bengkel dad aku.

sekarang misi aku nak cari kucing persian pure punya ...doakan aku dapat yer .. lagi 5 bulan kata owner yang aku nak beli .sebab dia baru lepas mengawan..3 bulan hamil 2 bulan untuk putus susu ,
aku bile dah dapat kucing memang x heran barang lain , sampai orang kata aku sawan kucing..aku nak sangat kucing hidung kemek2 nie .aku nak beli ade 2k lebih ..ya allah kucing kesayangan nabi pun korang jual mahal2 .. aku bela cukup baik korang dah dapat pahala dah ..


kucing di atas kata owner dia baru lepas mengawan ..
nanti da beranak mesti cantkan penyek dia ...
mcm ayam penyet pulak kan ...



doakan akan ade rezeki erin dapat kucing nie yer ..amin ..


review : bridemaid aka pengapit


setelah berkurun lamanya beraktif balik dengan review2 wedding yg tertangguh .... super duper pemalas ..
okey sila *marahsayalelaju* grr ....

Pengapit sangat penting di majlis sang pengantin,
tugas dan peranannya sangat membantu dalam
melancarkan sesuatu majlis.... i like u fieka

Asalnyaaku nak 5 kawan baik saya menjadi bridemaid... mengade kan 
aku namun terpaksa dilupakan niat itu kerana mereka sukar
untuk datang awal dan sebagainya. Maka aku hanya
mempunyai seorang pengapit iaitu kawan alamaya aku sendiri :)


*ok orang kata muka kami sama*


kawan aku merupakan rakan baik aku sejak dari myspace lagi
korang percaya la aku ni semua kawan alamaya...
dah jumpe suami kat facebook je ...
pengapit pun jemput dari facebook hehehhe...
niat hati nak jemput kawan2 kolej je tapi 
aku lebih senang dengan kwn aku nie

aku sangat berterima kasih dengan kawan aku sorang ni yang 
merupakan orang kuat dan memahami perjalanan majlis kawen aku ...
5 bulan awal sebelum majlis, aku sentiasa ingatkan dia tentang majlis aku,...
mana x nye korang kami xpernah jumpe pun tapi kenapa hati aku percaya dengan fieka nie...
walaupun kami belum berjumpe tapi kami kawan hampir 3 tahun lebih u noe...
Kami sama - sama berDIY, sama - sama menyental itu ini.

Coretan kenangan bersamanya tetap terpahat hingga kini.
Insya Allah bila tiba majlisnya nanti, aku pasti menepati janji :)

AKU SAYANG KAU FIEKA !!!! more and everlasting !!!

moving idea : grill rumah



hari ni bermula la entry bab rumah dan kelengkapan rumah ...
hari ni topik kite grill rumah okey ...
tanpe grill...kiteorang tak akan dapat pindah masuk umah tu... tu lah bende pertama yang sangat2 penting tuk kami buat selepas dapat kunci... sebelum kite hias2 rumah dengan lampu2 dan perabot2...
sebelum ko berangan nak buat macam2 kat umah ko nih...

nak cerite pasal grill..
memang agak susah tuk kami yang tak tau menahu ape2 pasal bendalah nih... rupernyer..macam2 jenis..macam2 design...macam2 hal kene amik kire gak heh... pening...pitam.. mabuk semua ade...
cantik tu semua cantik bajet kena keruk2 segala macam bank ...
nasib mummy berhati mulia membantu anakmu .. thanks my mom ..
kalau semua urusan aku n suami kene settlekan mmg dh prepare hape2 la kat rumah tu ...




 


grill pilihan...?? memula...kiteorang nak kan grill yang simple2 jer..
tapi my mom minta grill steell .. grlpps .. aku pun tye member yg kat mana ade buat gril steell
sekali grill steel mahal nauzubillah .. x jadi cancel ...
sian org tua aku terpelekik nnti ...  yang macam banyak umah suker buat sekarang...kire trend ar.. kaler putih..line2 melintang lurus tu..atau bentuk S... grill macam tu pon tak mahal sangat..kire lebih kurang belas2 ringgit  sekaki..[ikut saiz material tu] trendy skrg putih kan ...
 
aku amik wrought iron tapi warna putih... tapi wrought iron mahal hooiii.... tuk umah kiteorang...paling murah pon dapat antara 4-5 ribu..pengsan..
tapi antara kawan2 dapat harge 4k ++ ok la tu pakai lama kan ... tak per...nanti2...lepas 6-7 tahun.. patern dh macam2 boleh amik yg rare skit kan2

tapi bukan senang jugak nak penuhi kehendak tu... material matel...lain dengan material wrought iron... takut nanti ape yang di pilih akan jadi punce umah kami di pecah pencurik... sebab material matel agak 'ringan' sikit berbanding wrought iron..
p/s : yeayy lagi 2,3 hari siap la grill kami

kalau nak hidup senang aku pun nak hidup senang





jeng jeng jengggg! hai saya kembali dengan entry merapu di siang hari. sekarang ni tengah mood rajin. kalau tengah mood rajin tanpa dipaksa pon boleh up entry. kalau datang malas tu, nak up entry sebulan sekali pon payah. biasalah, manusia la katakan, sifat malas tu pasti ada punya kan. tapi aku punya malas bukan sikit-sikit. aku punya bapak segala nenek moyang punya malas.hahaha.


seperti yg korang semua sedia maklum, kalau tak maklum lagi meh aku maklumkan. hehe. walaupun aku datang dari keluarga yg mampu memberikan aku kebahagiaan tapi aku lagi jeles dgn org yg kaya raya duit setinggi gunung .. cehhh ... tapi hakikatnya aku bersyukur kerana ditemukan dengan keluarga yang xpernah jemu mendidik dan mencurahkan segala kasih sayangnya .. 


dulu, zaman aku sekolah menengah, area tahun 2002 kawan-kawan ramai pakai hp. even time tu just hp 3310 je, siapa-siapa yg pakai hp time tu dikira macam bergaya lah. kira macam wow. dia ada hp wey. masyuk wa cakap lu.time tu kalau siapa-siapa yg pakai hp skrin kaler, ringtone polifonik lagi lah dikira macam paling up to date. hahaha.


kalau aku pulak, kalau nak something tu usha2 la parent kantapi parent nak suruh kite independent..
belajar dulu buat ape nak pakai hp nie .. rumah pun ade telefon .. wahh sampai satu tahap aku kumpul duit senyap2 .. campur2 dapat duit raya kan .. baru dapat seketul henpon.. kalau x tggu la aku tingkatan 5 baru parent ku benarkan .. 

*xyah dok ngomen aku smkin bambam .. suami i bagi makan lebih nutrionhahha ..ko ade * tapi akak aku ckp aku still maintain baby face * :P senda2 k 

aku tau lah, maybe ada setengah tu mak bapak diorang memang mampu. tapi at least fikir lah sikit. takkan sampai ke tua nak harap mak bapak. yg buat aku meluat bila, nak kerja yg power-power, yg orang lain pandang macam engineer. tapi spm, matematik moden pon dapat 8E. macam mana nak belajar math dekat U yg berkali-kali ganda susah daripada addmath. math mode pon dah dapat result macam tu.


kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat. even family aku sederhana , tapi at least kitorang adik-beradik berjaya jugak. nak kata berjaya sangat tu tak delah, tapi setakat ni alhamdulillah. dah kerja ni tak delah nyusahkan mak bapak dah. at least beban diorang kurang sikit la kan.


hurm, so kepada adik-adik yg baca entry aku ni. fikir-fikirlah. aku bukan nak mengata sesiapa pon. ni just apa yg aku nampak secara general je. sesapa yg terasa tu, nasiblah. siapa suruh malas belajar. wakakaka. korang malas belajar sekarang, confirm akan menyesal nanti. serius! baik korang dengar cakap aku. hahaha. lagi satu, aku bukan dengki korang hidup senang. tapi dengki la jugak. tak melayu lah kalau tak de dengki-dengki ni kan. wakakaka.


oklah, byeee!

celaru entri

assalamualaikum~


oh cuba la aku nak meng-cutekan diri , namun hakikatnya saya tak cute macam "cute" tapi cute versi pipi tejojol.





i just uploaded this picture on facebook yesterday, and mashaAllah..
ramainya kata  aku ni dah tembam membam ... 

and ada juga yang ingat aku dah pregnant....
sob sob.. nagis kua hingusss tauk ...

i think since i've become a Mrs., all people are anxious about hearing next is the "baby news".
and every happiness of mine, for some, means i'm pregnant, therefore i am happy. padahal aku makan nasi putih, berulamkan hati suami boleh buat aku  happy tauk ..


i'm not pregnant yet.

and if asking if i am pregnant is a polite way of telling me that i'm fatter now, then.. ok,aku kurangkan makan habis citer kan2 =) 





i think this pic best show how selebet we can be when we couldn't be bothered.


thank ... SALAM ...

entri syahdu

This is my Facebook status this morning.




Yang terindah adalah tatkala saya melihat SUAMI yang sudah siap berpakaian kerja,mengucup dahiKU before leaving for work every morning..

walaupun belum rezeki cahaya mata tapi kami still BAHAGIA !! HAPPY ANIVERSARRY SAYANGG



Looking back at my life, kadang-kadang saya rasa macam tidak percaya I have reached this phase of life. Fasa di mana saya tamat belajar, berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. I used to always feel that life will only stop there. Tidak pernah tersangka yang hari ini saya telah menjadi seorang isteri, dalam usia 23 tahun ...


Life is great. Kalau sebelum ini saya amat mencintai kehidupan bebas sewaktu single dahulu, kini saya telah menemukan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenarnya. I see miracles every single day. Setiap kucupan suami pada aku . Setiap kelipan mata dan senyuman  They are all miracles.






 I want to be here forever. Getting married to izam  is the best thing in life, and I never thought being married and make me happy