kalau nak hidup senang aku pun nak hidup senang





jeng jeng jengggg! hai saya kembali dengan entry merapu di siang hari. sekarang ni tengah mood rajin. kalau tengah mood rajin tanpa dipaksa pon boleh up entry. kalau datang malas tu, nak up entry sebulan sekali pon payah. biasalah, manusia la katakan, sifat malas tu pasti ada punya kan. tapi aku punya malas bukan sikit-sikit. aku punya bapak segala nenek moyang punya malas.hahaha.


seperti yg korang semua sedia maklum, kalau tak maklum lagi meh aku maklumkan. hehe. walaupun aku datang dari keluarga yg mampu memberikan aku kebahagiaan tapi aku lagi jeles dgn org yg kaya raya duit setinggi gunung .. cehhh ... tapi hakikatnya aku bersyukur kerana ditemukan dengan keluarga yang xpernah jemu mendidik dan mencurahkan segala kasih sayangnya .. 


dulu, zaman aku sekolah menengah, area tahun 2002 kawan-kawan ramai pakai hp. even time tu just hp 3310 je, siapa-siapa yg pakai hp time tu dikira macam bergaya lah. kira macam wow. dia ada hp wey. masyuk wa cakap lu.time tu kalau siapa-siapa yg pakai hp skrin kaler, ringtone polifonik lagi lah dikira macam paling up to date. hahaha.


kalau aku pulak, kalau nak something tu usha2 la parent kantapi parent nak suruh kite independent..
belajar dulu buat ape nak pakai hp nie .. rumah pun ade telefon .. wahh sampai satu tahap aku kumpul duit senyap2 .. campur2 dapat duit raya kan .. baru dapat seketul henpon.. kalau x tggu la aku tingkatan 5 baru parent ku benarkan .. 

*xyah dok ngomen aku smkin bambam .. suami i bagi makan lebih nutrionhahha ..ko ade * tapi akak aku ckp aku still maintain baby face * :P senda2 k 

aku tau lah, maybe ada setengah tu mak bapak diorang memang mampu. tapi at least fikir lah sikit. takkan sampai ke tua nak harap mak bapak. yg buat aku meluat bila, nak kerja yg power-power, yg orang lain pandang macam engineer. tapi spm, matematik moden pon dapat 8E. macam mana nak belajar math dekat U yg berkali-kali ganda susah daripada addmath. math mode pon dah dapat result macam tu.


kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat. even family aku sederhana , tapi at least kitorang adik-beradik berjaya jugak. nak kata berjaya sangat tu tak delah, tapi setakat ni alhamdulillah. dah kerja ni tak delah nyusahkan mak bapak dah. at least beban diorang kurang sikit la kan.


hurm, so kepada adik-adik yg baca entry aku ni. fikir-fikirlah. aku bukan nak mengata sesiapa pon. ni just apa yg aku nampak secara general je. sesapa yg terasa tu, nasiblah. siapa suruh malas belajar. wakakaka. korang malas belajar sekarang, confirm akan menyesal nanti. serius! baik korang dengar cakap aku. hahaha. lagi satu, aku bukan dengki korang hidup senang. tapi dengki la jugak. tak melayu lah kalau tak de dengki-dengki ni kan. wakakaka.


oklah, byeee!

1 000 orang doakan erin pregnant:

Nurul Nadila said... [Reply]

erin maintain je comel...
anyway setuju sangat dengan entry erin ni.Budak2 zaman sekarang da terlalu manja sangat.parents yg mampu ikut je ape2 yg anak diorang nak..adik2 Dila la contohnya...haishhh
hehe