pregnancy : mencari set berpantang sesuai


uwaaaaaaaaa diam tak diam dan sedar tak sedar dah masuk minggu ke 36 pula.. cepat plak masa ;-) So skang ni sepatutnya keperluan lepas bersalin dan semasa berpantang dah ada..Setakat ni, barang-barang keperluan untuk si kecil boleh dikatakan hampir 100% complete… :) yeayy!! kemain lagi eksaited dah beli barang baby kan hehe. Tu lah jiwa mommy la katakan… 24 jam fikir pasal anak je… :) sekarang ni baby movement makin terasa.. Bila selak perut tengok perut goyang-goyang ape la yang dia dok godek n lakukan dalam tummy ni… Tak sabar nak keluar ye sayang…. Sabar eh eh… bagi lah pecah tahun..moga2 tahun baru kamu keluar ye sayang... weee~~

Anyway, dok sibuk menyiapkan persiapan anak… barang keperluan maknya plak yang masih pending… biasalah tu anak is priority… nanti anak dah keluar ni konpem laki letak tepi kehkehkeh… tak tak jangan risau ye suamiku… Oklah, kali ni My nak buat review pasal Set Bersalin plak… Sampai harini tengah dok fikir-fikir lagi ni set bersalin mana yang  nak beli… hurm….

Sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Seyes kau… nak sebut satu-satu sampai tulat pun tak habes. Cumanya nak cari yang mana yang terbaik tu yang susah… aku nak listkan kesemua brand tersebut rasanya tak perlulah kot.. ku list mana antara pilihan aku and aku nak testimonial dari uols boleh tak mana bagus....

Set berpantang TANAMERA

Maklumat Produk:
TANAMERA postnatal care set contains 11 products that : 
Are formulated based on traditional Malay, Chinese and Ayurvedic postnatal treatments to provide a natural solution for new motherís body to heal from the inside-out in a balanced manner, hormonally and physically. 
Are made from plant-based 100% natural ingredients with emphasis on the use of tropical herbs and essential oils, with no artificial coloring, fragrance, preservative, toxic chemical nor ëjamuí which are harmful to babies. 
Are designed to provide care during pregnancy to help prepare for smoother delivery, and care during confinement to help new mothers rest, recover and rejuvenate to prepregnancy body and shape, in the shortest time possible. 
Are breastfeeding friendly and with aromatherapy effect to calm and soothe new mothers to faster recovery. 
The 11 products:
Pre- and postnatal
1.Cold Pressed Virgin Coconut Oil
2.Brown Formulation Soap
3.Herbal Massage Oil
4.Lavender Floral Water
postnatal
5.Feminine Herbal Wash
6.Herbal Bath
7.Herbal Tea
8.Firming Herbal Blend Paste
9.Abdominal Wrap
10.Calming Herbal Blend Paste
11.Boreh Body Scrub
  
TANAMERA postnatal care set is retailed at RM360 in West Malaysia and RM380 in East Malaysia, including postage
 
 
  set berpantang AMWAY


Maklumat Produk:
Produk untuk Dimakan
 
ï Teh Herba (10 uncang)
ï Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran/herba)
ï Lepas Bersalin 2 (8o kapsul sayuran/herba)
Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
 
ï Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
ï Herba Mandian (20 uncang)
ï Campuran Peramping Perut (20 paket)
ï Campuran Penghangat (15 paket)
ï Campuran Penenang (15 paket)
ï Minyak Urut Herba (60 ml)
ï Minyak Bayi (60 ml)
Harga: RM293.00 



 

Set Berpantang Shaklee
 
Set ini lengkap untuk 40 hari tempoh berpantang, mengandungi:
Vita Lea (multivitamin) ñ 40 biji
B-Complex with Asid Folic ñ 40 biji
Vita-C ñ 40 biji
Zinc ñ 40 biji
Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.
Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.
 
 
 
SET BERPANTANG NONA ROGUY
 
SET MENGANDUNGI
 
PhytoNatal (90 biji)
dalam bentuk tablet untuk dimakan
Akar Herbanika (10 paket)
dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
Minyak Herbanika(100 ml)
minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan(krim)
Herbanika Barut (60gm)
sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika (10 paket)
untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
Herbanika Lulur(100gm)
untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
Kelebihan Set Bersalin NR
* Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan  timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
Ia juga  mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
* Mudah di pakai sewaktu berpantang.
Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.
* Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
* Selamat di makan.
Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.
* Set Bersalin yang lengkap.
Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda  tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.
Krim Herbanika Barut - RM55. Dan Minyak Herbanika pula RM68. So, total kos adalah RM123.


set berpantang ANUGERAH
 
Set Bersalin Normal Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

  • - mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
  • - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
  • - menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
  • - mengurangkan kesakitan ketika bersalin
  • - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.

Cadangan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk kesihatan, penjagaan diri dan apa-apa hajat yang diingini:

  • - Surah Al-Fatihah
  • - Surah Al-Baqarah
  • - Surah Al-Buruj
  • - Surah Al-‘A’raf
  • - Surah At-Tawbah
  • - Surah Yunus
  • - Surah An-Nahl
  • - Surah Al-‘Isra’
  • - Surah Ash-Shu’ara
  • - Surah Fussilat
  • - Surah Al-‘Ankabut
  • - Asma Husna

Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi:

       1.  1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml

  •  - menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.  
  •  - menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin. 
  •  - melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.  
  •  - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus. 
  •  - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

        2.  1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml

  • - membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin. 
  • - melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas. 
  • - didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan. 
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

        3. 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml

  • - membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.  
  • - merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.  
  • - meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

        4.  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml

  • - membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.  
  • - membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.  
  • - tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

        5. 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml

  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.  
  • - meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

        6. 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah

  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.  
  • - melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

        7. 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml

  • - mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.  
  • - digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin  
  • - membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.  
  • - menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.  
  • - dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.

Sekarang aku nak sangat REVIEW dari korang tentang set berpantang mana yang bagus antara pilihan di atas .. aku nak set yang boleh dpt bentuk badan asal..maklumlah dah almost 10kg aku nye berat naik ..


1 000 orang doakan erin pregnant:

Dewi Aja said... [Reply]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)