masih ade kah ???

assalamualaikum .. jom minup kopi bagi hati pahit lagi 
:))

erin nk jdkan topik pagi nie menikam2 kalbu la boleh x ahhaha ... kenapa siapa mengapa .bagaimana 
ahahaha semua pakage :)

Ke mana sahaja lelaki ingin pergi, lelaki pergi bersama siapa, segalanya perempuan ingin tahu dan ambil tahu. Adakah ini menunjukkan bahawa perempuan sememangnya kuat mengongkong dan mengawal hidup lelaki? Sejauh manakah kebenaran kenyataan itu? Sebenarnya, lelaki tidak faham maksud tersirat yang ingin perempuan tonjolkan. Perempuan memang mengongkong hidup lelaki walaupun perempuan tidak pernah mengakuinya. Namun, tindakan mengongkong itu bukan datang dari hatinya sendiri secara sengaja. Semua itu dilakukan demi menjaga hubungannya dengan lelaki kesayangannya.


Terdapat banyak alasan yang membuatkan perempuan terpaksa mengongkong lelaki tanpa disedari :
1. Lelaki itu mungkin terlalu sempurna baginya dan juga bagi perempuan lain. Dia akan berasa tergugat dengan keadaan sekeliling apatah lagi sekiranya dia hanya seorang gadis biasa yang tidak mempunyai kehebatan dan personaliti yang hebat seperti perempuan lain. Jadi, nasihat saya bagi lelaki yang mempunyai kekasih yang tidak begitu hebat, anda sepatutnya
2. Perempuan risau melihat sikap perempuan-perempuan lain yang tidak tahu menghormati hak orang lain. Dia berpendapat bahawa perempuan zaman sekarang sudah tidak tahu membezakan antara lelaki bujang dengan lelaki yang sudah berpunya. ini yang erin takut :(
3. Perempuan berasa risau dan cemas sekiranya kasih sayang dan perhatian lelaki semakin pudar dan beralih arah kepada perempuan lain. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, perempuan akan mula mengongkong hidup lelaki tanpa disedari.
4. Sebenarnya, sikap mengongkong ini merupakan sikap yang paling penting dalam hidup perempuan. Perempuan menganggap bahawa mereka sedaya upaya menunjukkan perasaan cinta yang mendalam terhadap lelaki melalui sikap mengongkong ini. Mungkin istilah mengongkong tidak sesuai bagi perempuan kerana mereka menganggap tindakan ini merupakan sikap prihatin mereka terhadap lelaki.








0 000 orang doakan erin pregnant: